Saturday 8 December 2012

Gelora Cinta


1

Setelah pemergian ayah Maz, hidupnya seolah-olah tiada arah tuju. Kesedihan yang dirasainya begitu perit sekali. Walaupun baru berusia 12 tahun, tetapi dia merasa satu impak yang amat besar setelah kehilangan ayah yang amat dikasihi. Sejak itu, hidup Maz mulai berubah. Keluarganya selalu memberi semangat untuk dia dan belajar menerima hakikat yang ayahnya sudah tiada. Saban hari Maz bermurung seperti jiwanya tiada di dalam jasad. Kerana selama ini ayahnya yang paling rapat dengan dia. Ibu Maz merasa bimbang kerana sudah setahun ayahnya pergi, namun keadaan Maz masih lagi tidak berubah. Kemurungan yang dialami oleh Maz turut dirasai oleh ibunya. Sikap Maz mula berubah. Dia kini selalu ingin memberontak. Pada tahun 2001, dia mula ponteng sekolah dan selalu dikenakan tindakan tatatertib. Berulang kali Maz melakukan perkara yang sama dan akhirnya dia digantung sekolah selama dua minggu. Dulu Maz seorang yang baik, prihatin dan taat pada keluarga akan tetapi sikap dia mulai berubah. Maz menjadi seorang yang pemarah dan yang lebih teruk lagi, dia sudah pandai meminum arak dan berjudi. Saban hari ada sahaja kes yang dilakukan olehnya. Ibu Maz hampir setiap hari berulang-alik ke sekolah kerana sikapnya itu. Entah apa perasaan seorang ibu apabila melihat kelakuan anak seperti Maz itu. Ibunya seperti sudah tiada daya untuk berbuat apa-apa kerana perubahan Maz yang begitu drastik sekali. Tahun 2003 adalah tahun yang penting kerana sewaktu itu Maz menduduki ujian PMR. Bagi Maz, menduduki ujian tersebut adalah perkara biasa kerana baginya jika gagal sekali pun, dia masih boleh masuk ke tingkatan 4. Ibu Maz meminta pertolongan nenek Maz kerana selain Maz rapat dengan arwah ayahnya, dia juga rapat dengan neneknya. Alhamdulillah, nampak perubahan apabila nenek menasihati Maz. Maz mula berubah akan tetapi sikap kasarnya masih sama. SPM, itulah permulaan jalan hidup Maz. Dia tahu, sekiranya dia gagal dalam ujian tersebut maka gelaplah masa depannya. Ibunya berharap agar Maz lulus dengan cemerlang agar dapat mengubah nasib dirinya sendiri. Sewaktu menduduki ujian SPM, Maz telah mendapat satu berita yang amat menyedihkan. Datuknya meninggal dunia. Hatinya sedih akan tetapi dia tetap berusaha. Walaupun dalam kesedihan, Maz tetap tabah menjawab kertas soalan sehinggakan ada suatu masa airmatanya mengalir keluar membasahi kertas jawapan. Sejak itu sikap Maz mula berubah kembali. Dia berazam ingin membantu keluarga dan yang paling penting, dia ingin menjaga serta membahagiakan ibunya.keputusan SPM telah diumumkan. Biarpun Maz tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan, dia telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat diploma di sebuah institusi awam dalam bidang teknologi maklumat. Dia mula menyimpan azam untuk mengubah nasib keluarganya dan berusaha sedaya upaya dalam pelajaran. Alhamdulillah setelah tamat semester 1, Maz mendapat keputusan yang cemerlang. Berita gembira itu dikongsi bersama dengan ibunya. Kehidupan Maz mulai berubah.  Dia tidak lagi melakukan kesilapan yang pernah dia lakukan sebelum ini. Hampir setiap semester, Maz mendapat keputusan yang cemerlang sehingga kos pembiayaannya ditaja oleh kerajaan kerana kesungguhan dia selama menuntut di institusi tersebut. Lebih menggembirakan ibunya, apabila Maz dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang dalam institusi. Setelah tamat pengajiannya di peringkat diploma, Maz memohon restu ibunya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba ilmu pada peringkat yang lebih tinggi. Dengan izin ibunya, Maz memulakan langkah baru di Kuala Lumpur. Maz menuntut di sebuah institusi awam di Shah Alam pada peringkat ijazah. Dari situ, pandangan Maz mula berubah. Kalau dulu Maz berhijrah kerana ingin dapatkan segulung ijazah tetapi semuanya telah berubah. Maz kini mula melupakan apa yang pernah diimpikan sewaktu mula-mula dia berhijrah. Kerana perubahan yang mendadak, Maz kini tidak lagi serius dalam pelajaran. Azam yang ditanam sewaktu di kampung halaman dulu kini hilang ditelan oleh kenikmatan yang dirasai sewaktu dia di Shah Alam. Sebelum itu, pada semester pertama di institusi Shah Alam, Maz adalah seorang pelajar yang cemerlang. Sentiasa fokus pada pelajaran. Sewaktu itu, Maz seorang atlet sukan yang aktif. Dia menunjukkan minat dalam bidang sukan bowling sehingga mengharumkan nama institusi diperingkat negeri. Sejak itu, Maz meneruskan minat dia bersama-sama azam yang dia taman sebelum ini. Maz cemerlang dalam kedua-dua bidang yang dia ceburi. Sehingga dia mendapat tawaran menjadi jurulatih untuk skuad remaja dalam sukan bowling. Maz banyak menghabiskan masa bersukan berbanding pelajarannya. Di saat itu, dia mula abaikan pelajaran kerana begitu sibuk dengan jadual sukan bowling.




2


Pelajaran Maz mula menurun malah dia hampir gagal pada semester 3 kerana tiada masa mengulangi pelajaran. Akhirnya Maz mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin memberi seratus peratus komitmen pada sukan bowling. Terkilan hati seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya tidak menamatkan pelajaran seperti mana yang dia ingini. Kini hidup Maz bergantung pada sukan bowling dan itu juga menjadi sumber dia mencari rezeki. Maz nekad dan mengambil keputusan untuk terus tinggal di Kuala Lumpur. Tapi, kerjaya Maz dalam arena bowling tidak panjang apabila banyak saingan dan menyebabkan dia mengalah. Baru kini dia menyesal kerana melepaskan cita-cita yang begitu hampir untuk dia kecapi hilang begitu sahaja. Dia pun mencari pekerjaan dengan membekalkan segulung diploma dan berharap ada syarikat yang boleh memberi dia peluang pekerjaan. Nyata Allah masih kasihkan Maz. Rakannya Nizam menawarkan pekerjaan di syarikat travel yang diasaskan oleh Dato’ Adzhar Sulaiman. Dato’ tersebut seorang yang prihatin kerana tidak semena-mena dengan mudahnya dia menerima Maz bekerja sebagai Pengurus Operasi. Dari situ, hidup Maz berubah mendadak. Kesenangan yang Allah kurniakan kepada dia begitu limpah sekali. Hidup Maz kini mewah dan tidak lagi kesempitan wang. Pertama kali semasa memberi ceramah di sebuah institusi awam, Maz berkenalan dengan seorang gadis bernama Rina. Rina salah seorang peserta yang menghadiri ceramah tersebut. Sejak itu, perasaan cinta mula mekar dalam hati mereka. Rina seorang perempuan yang cantik, peramah dan baik. Hidup Maz ceria bila disamping Rina. Kehidupan Maz kini lebih teratur dan bahagia. Tetapi Maz tidak menceritakan kehidupan yang dirasainya itu kepada Rina kerana dia takut Rina mahu bersama dengannya hanya kerana harta dan bukan kerana hati. Oleh kerana Maz beranggapan hubungan dia dengan Rina adalah serius, Maz meminta Rina membawa dia berjumpa dengan ibu Rina. Mereka balik ke kampung halaman Rina di Miri Sarawak untuk berjumpa dengan ibunya. Maz menyatakan hasratnya untuk menjaga Rina dan berharap mendapat restu daripada ibu Rina. Pada mulanya ibu Rina tidak merestui hubungan mereka berdua kerana begitu cepat sekali keputusan dibuat sedangkan Maz dan Rina baru sahaja berkawan kurang dua bulan. Tetapi Rina menyakinkan ibunya yang Maz benar-benar serius dan ingin menjaganya maka ibu Rina merestui hubungan mereka. Mulai saat itu, segala keperluan Rina, Maz yang bertanggungjawab kerana dia sudah berjanji akan memenuhi segala keperluan Rina kepada ibu Rina. Mungkin masa itu Maz terpaksa berkata begitu kerana ingin  menyakinkan ibu Rina. Sekali lagi Allah melimpahkan rezeki kepada Maz. Kehidupannya bertambah senang apabila syarikat dibawah pengurusan dia mengaut keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh enam bulan. Satu peningkatan yang mendadak dan Dato’ Adzhar telah menghadiahkan sebuah banglo di Shah Alam dan sebuah kereta BMW 5series kepada Maz kerana berjaya menguntungkan syarikat. Dato’ juga menyerahkan 30% saham syarikat kepada Maz kerana Dato’ percaya Maz boleh memberi manfaat serta meningkatkan lagi produktif syarikat. Dalam sekelip mata sahaja pendapatan Maz sudah mencecah hampir 50ribu sebulan. Dato’ menyerahkan syarikat tersebut kepada Maz dan memberi kepercayaan untuknya mengendalikan perjalanan syarikat tersebut. Bagai mimpi jadi kenyataan, itulah yang dirasai oleh Maz apabila dalam tempoh yang singkat, dia sudah menjadi salah seorang ahli perniagaan yang berjaya pada usia yang muda. Bagi membalas jasa Maz kerana mengembangkan syarikat, Dato’ membawa semua pengurus syarikat pergi bercuti di Pulau Langkawi. Sepanjang berada di Pulau Langkawi, Maz mendapat idea bagaimana untuk memperluaskan lagi empayar syarikat dibawah pengurusannya itu. Maz berbincang dengan Dato’ serta pengurus-pengurus syarikat tentang buah fikirannya itu. “ Bagi mempertingkat dan meluaskan lagi empayar kita, saya cadangkan supaya kita tarik orang awam untuk melabur dengan kita. Dengan itu, kita boleh gunakan wang itu sebagai modal kita dan keuntungan kita pasti akan bertambah. Kita ambil contoh, seorang pelabur melabur sebanyak RM3300 untuk satu lot kereta. Dengan duit itu, kita boleh menambahkan lagi bilangan kenderaan kita untuk disewakan pada orang ramai. Dan keuntungan kita bahagi kepada dua. Andai kata kita peroleh keuntungan bersih untuk satu lot kereta sebanyak RM1000, maka RM500 akan ditolak untuk tampung kos baikpulih kenderaan dan RM500 selebihnya kita bahagi lagi kepada dua. Iaitu RM250 kepada pelabur dan RM250 lagi untuk syarikat.” Ujar Maz membentangkan ideanya. “ Memang kalau kita lihat nilat RM250 itu satu amaun yang kecil tapi jika 100 orang yang melabur, kita akan dapat keuntungan bersih lebih 25ribu sebulan. Dan ini yang sebenarnya yang kita nak.” Sambung Maz lagi. Dato’ tertarik dengan cadangan yang dibentang oleh Maz dan Dato’ meluluskan cadangan Maz dan memintanya menyediakan kertas kontrak antara pelabur dan syarikat. Sejak itu Maz menjadi lebih sibuk dan jarang meluangkan masa dengan Rina… Setiap minggu Maz ke luar dareah untuk menarik lebih ramai pelabur. Ini membuatkan Rina berkecil hati kerana kurang mendapat perhatian daripada Maz… Tapi bagi Maz, dia lebih pentingkan kerjayanya kerana dia tahu walaupun kita ada kasih sayang tetapi tanpa wang, segala kasih sayang boleh hilang begitu sahaja… Alhamdulillah setelah Maz menceritakan kepada Rina tentang kerjayanya, Rina mula faham dan beri sokongan sepenuhnya segala apa yang direncanakan oleh Maz.. Tidak sampai empat bulan, hampir lima ribu pelabur di Semenanjung Malaysia telah mendaftar sebagai pelabur syarikat. Dan Maz sekali lagi berbincang dengan Dato’ Adzhar untuk mengembangkan lagi syarikat dengan menarik pelabur dari Sabah dan Sarawak.  Dato ‘ memberi kepercayaan kepada Maz untuk melaksanakan apa sahaja yang direncana olehnya. Maz bersiap untuk bertolak ke Sarawak tanah airnya. Setibanya Maz dan rombongan serta Dato’ di Sarawak, mereka menginap di hotel Hilton. Maz sempat juga menjenguk ibunya dan menceritakan kehidupan yang dilaluinya sekarang. Ibunya hanya mampu berdoa dan redha dengan segala yang dilakukan oleh Maz. Program yang dilancarkan oleh Maz boleh dianggap berjaya kerana walau tidak mendapat sambutan seperti yang dia harapkan, tetapi sekurang-kurangnya masih ada yang tertarik dengan program tersebut. Setelah selesai urusan di Sarawak, mereka terbang pula ke Sabah bagi tujuan yang sama. Sambutan yang sama yang dirasai oleh Maz sepanjang berada di Sabah. Dan setelah dua minggu berada di Sarawak dan Sabah, mereka kembali ke Kuala Lumpur. Rina begitu teruja menanti kepulangan Maz dan menjemput Maz di KLIA. Maz begitu kasih terhadap Rina sehinggakan dia menghadiahkan seutas rantai emas kepada Rina. Bagi Maz, selama dia berkawan dengan Rina, belum ada hadiah istimewa yang dia berikan kepada Rina. Tiba-tiba hati Rina terusik. “Sayang, kenapa ni.? Dari tadi abang tengok sayang sedih je.. kalau ada apa-apa cuba bagitau dengan abang…” Maz cuba mengambil tahu apa yang mengusik jiwa Rina.
“Takde apa la abang.. Cuma kat kolej tadi ada banyak kerja sikit… Abang jangan risau ye..” Rina macam mahu menyembunyikan perasaan sedihnya itu dan tidak mahu Maz risau. Maz mengusap pipi Rina…
“Sayang, abang tak suka tau lihat sayang sedih-sedih macam ni…sayang abang seorang yang ceria, bukan bersedih macam ni… Rina tunduk.. Lidahnya kelu sehinggakan bibirnya tidak mampu bergerak…
It’s okey sayang..kalau sayang belum bersedia nak bagitau abang takpe la…Tapi abang harap sayang tak sembunyikan apa-apa dari abang..” Ujar Maz sambil tersenyum.. Rina tetap diam.. Sepertinya dia belum bersedia meluahkan apa yang terpendam dihati…
“Sayang, jom kita pergi makan, abang lapar laaa… dari tadi abang belum makan lagi..” sengaja Maz Menukar topik supaya Rina tidak bersedih lagi…
“Abang nak makan kat mana..”bisik Rina.. Suaranya lemah menggambarkan kesedihan yang dialami begitu pedih sekali…
“Sayang nak makan apa.?” Tanya Maz selamba..
“Mana-mana jela bang, sayang ikut je..” jawab Rina sambil tersenyum…
“Kalau macam tu abang nak makan sayang la boleh tak..?” terus Maz menerkam tangan Rina dengan kuat…
“Abang jangan nak buat hal, kita kat highway ni…kang tak pasal-pasal sayang tinggalkan abang kat tepi highway ni..!!” Rina memandang wajah Maz dengan penuh geram tetapi geli hati jugak melihat raut wajah Maz yang berubah apabila Rina berkata demikian..
“Haa..baru senang hati abang tengok sayang macam ni… Ni tak, dari tadi monyok je muka dah macam monyet..” usik Maz… Mereka ketawa memecahkan keheningan malam itu..




3




Maz terkejut dengan deringan telefon di awal pagi. Maz pantas menjawab panggilan.. “Selamat pagi boss.. Tengah hari nanti jangan lupa boss ada meeting dengan lembaga pengarah..” pesan Zila pembantu peribadi Maz… “Yelah, terima kasih kerana ingatkan saya Zila..kalau ada apa-apa lagi bagitau saya okey..” Jawab Maz lalu mematikan panggilan.. Maz bersiap untuk menghadiri mesyuarat dengan lembaga pengarah.. Sepertinya tidak banyak isu yang dibincangkan oleh mereka…
Setelah selesai mesyuarat, Maz keluar dari bilik mesyuarat dan dia terpandang seseorang lelaki sedang duduk di sofa yang sedang asyik membelek sebuah majalah.. Maz terhenti seketika, dia berfikir seperti dia mengenali orang itu.. Maz kemudiannya menegur lelaki tersebut.. “Asslamualaikum, encik tengah tunggu orang ke..?” Tanya Maz lembut.. Direnungnya wajah lelaki itu lama, dan seketika mata mereka bertatapan.. “Maz, kau tak kenal aku lagi ke..? aku la kamal,” katanya…
 “Owh…Kamal, bila kau sampai..? macam mana kau tahu aku kerja kat sini..?” Tanya Maz kebingungan…
PA kau tu adik aku laa..sebab tu aku tahu  kau kerja kat sini..” jawab Kamal dengan tenang… “Sorry la Maz. Aku datang main langgar je..tak buat appointment pun kat kau…” Kamal cuba mengimbangi kegugupan dan rasa bersalah kerana datang tanpa temujanji.. Dia teringat kata-kata adiknya Zila, yang Maz ni kadangkala sibuk mengalahkan menteri.
“Eh, takde hal la..jom la masuk bilik aku. Lama tak jumpa kau lepas kita tamat SPM..” pelawa Maz.. Kamal meletakkan majalah di tangan ke dalam bekas tempat meletak majalah.  Kemudian dia bangun menyusuri Maz…
“Duduklah kamal, nanti aku suruh pembantu aku buatkan air..” pelawa Maz.. Dia meletakkan sebeban fail kertas yang dibawa keluar dari bilik mesyuarat sebentar tadi..
“Baru habis meeting ke..?” Kamal bertanya sekadar memulakan perbualan.
 Maz mengangguk. “A’aha…bincang dengan lembaga pengarah pasal projek resort..”
“Wah, best la kau Maz, dulu kat sekolah kau yang paling nakal, tapi tengoklah sekarang…dah berjaya kau ye..”puji Kamal bila melihat perubahan yang mendadak dari Maz..
“Eh, takde lah, biasa je ni. Rezeki Allah… So, kenapa kau tiba-tiba jumpa aku ni..macam ada hal penting je..?” Maz kehairanan sambil meneguk secawan kopi yang dihidang oleh pembantunya.
“Laaa, takkan nak jenguk kawan lama pun tak boleh…saja aku singgah sini.. Yela, kita lama dah tak jumpa..nasib baik adik aku kerja kat sini..kalau tak, tak tahulah macam mana aku nak cari kau..” Ujar Kamal.. Setelah lama berborak, Kamal meminta diri.. Maz bingkas bangun. Kemudian dia bergegas pulang kerana ingin menghantar Rina ke KLIA. Rina pulang ke Miri untuk cuti semester panjang selama dua bulan. Tidak semena-mena, kelihatan mutiara air menitis dari pipi Rina. Maz kelihatan sayu kerana selama ini, Rina sentiasa berada disisi dimana sahaja dia pergi. Bayangan Rina beransur hilang. Lambaian terakhir membuatkan hati Rina terusik. Maz kemudiannya pergi berjumpa dengan Dato’ Adzhar. Dalam perjalanan, kedengaran telefon bimbit Maz berbunyi.
“Assalamualaikum abang..abang rindu sayang tak..?” Tanya Rina dengan manja.
“Mestilah rindu sayang. Sayang nanti bila sampai kat Miri, jangan nakal-nakal tau…ingat abang selalu okey..” Balas Maz penuh kerinduan.. “Sayang, nanti abang call balik ye, abang ada hal sikit nak jumpa dengan Dato’..nanti kalau dah sampai Miri, bagitau abang ye..love you sayang..”
Okey la bang. Nanti sayang sampai je sayang call abang…love you too abang..” balas Rina sebelum mematikan panggilan. Maz kemudiannya gerak berjumpa dengan Dato’ Adzhar.




4



Rina setia menunggu Maz menelefon pada malam itu. Tapi panggilannya begitu sepi. Malah, Rina cuba mendail nombornya tetapi gagal. Namun, hanya suara peti mesin memberitahu bahawa nombornya tidak dapat dihubungi buat sementara waktu. Dari pukul 11.00 malam hingga 12.00 tengah malam, sehinggalah jarum pendek beralih ke pukul 1.00 pagi. Rina mula resah. Dia sudah lama sampai di Miri tetapi satu panggilan pun tidak diterima dari Maz. Bimbang dan mulai rasa rindu untuk mendengar suara Maz. Kerinduan Rina terhadap Maz menjadikan Rina rasa kehilangan. Memikirkan waktu sudah terlalu lewat, Rina memutuskan untuk tidur sahaja. Itu lebih baik dari terus menunggu sesuatu yang tidak pasti. Tapi fikirannya terus tertanya-tanya kemana gerangannya Maz menghilang. Takkanlah Maz terlupa janjinya pada Rina atau banyak sangat ke urusan dia hinggakan tiada masa untuk menghubungi Rina. Telefon bimbit di sebelah Rina berbunyi akhirnya. Rina pantas melihat tulisan yang tertera di skrin telefon.

Abg rindukan syg…rindu sgt2…

Kenapa mesej. Rina tertanya-tanya. Kenapa tidak panggilan seperti yang dijanjikan. Jari jemari Rina terus bergerak tanpa dipaksa-paksa. Lantas Rina membalas mesej supaya Maz dapat membacanya…

Syg pun rindukan abg… Tapi knp msj..? knp abg x call..?

Lantas Rina menekan butang send. Rindu dan kasih Rina terhadap Maz membuatkan Rina mahu Maz tahu apa yang tersirat di dalam hatinya. Rina menerima mesej dari Maz lagi..

Tadi Dato’ ajak abg keluar makan, sedar2 je dah lewat mlm.. Abg ingatkan syg dah tido…

Rina tersenyum. Cepat-cepat dia membalas..

Syg risaukan abg..janji call, tapi x call pun..

Maz kembali membalas mesej selepas itu..

Sorry la syg… sibuk sgt tadi..sayang jugak syg kat abg ye..hehehehe…

Rina ketawa kecil melihat mesej Maz. Segera dia membalas lagi mesej Maz..

Mesti la syg… Abg je yg x ingat kat syg…

Seraya itu Maz membalas…

Yela2, abg minta maaf ye syg…dah mlm ni, syg pi tido ye…mimpikan abg tau… Abg sentiasa cintakan syg….mmmmuuuuuaaaaahhhhhh….

Rina tersenyum sambil meletakkan telefon bimbit di sebelah bantal tidurnya. Ternyata jiwa Rina lebih bahagia dari 10 minit sebelumnya. Rina bangun dalam keadaan yang masih lagi mengantuk. Selepas solat Subuh, Rina kembali bermalasan di atas katil. Namun matanya terus segar bila teringatkan pesanan ringkas yang diterima lewat awal pagi. Sekelip mata perasaan bahagia itu menjelma. Tiba-tiba, ketukan di pintu menyedarkan Rina.. “Rina..?” Suara ibunya perlahan dari luar.
“Ye mak..!” jawab Rina..
“Kau dah bangun?” Bicara ibunya lagi..
“Dah…kenapa mak..?” Jawab Rina sambil membuka pintu bilik.
“Kejap lagi mak nak pergi ke kedai beli barang dapur sikit. Kau temankan mak sekejap..” Jelas ibunya… Rina mengeluh panjang. “Mak nak pergi sekarang ke..?” Tanya Rina sambl melihat jam tepi katilnya itu. Baru pukul 7.00 pagi. Kenapa awal sangat mahu ke kedai. Rina tertanya-tanya… Tetapi Rina tidak dapat menolak permintaan ibunya itu. Rina memejam mata sebentar dan berfikir, adakah ini semua ada kaitan dengan lelaki pilihan keluarganya. Melepas rasa malas yang berat untuk pergi. Tiba-tiba telefon bimbit Rina berbunyi. Tersentak sebentar. Rina menekan butang hijau dengan senyuman.. “Helo..”
“Assalamualaikum sayang..!” suara Maz ceria di pagi hari.
“Waalaikumussalam abang..” Balas Rina sambil tersenyum senang..
“Sayang macam mana, Okey ke hari ni.? Abang tak ganggu sayang tidur ke.?” Soal Maz sedikit romantis. Rina tersenyum malu dengan pertanyaan Maz.
“Takde la bang.. Sayang dah bangun tadi. Sayang rindu dengan suara abang..” Bicara Rina.
“Sayang nak tahu tak, abang rindu sangat kat sayang..” Keluh Maz. Wajah Rina terus berubah bila mendengar keluhan Maz..
“Abang, sayang pun macam tu jugak.. Sayang betul-betul rasa kehilangan bila abang tiada disamping sayang..” Jelas Rina tanpa berselindung.
“Kalau macam tu, kita kahwin jela sayang..” Usik Maz dengan nada yang serius. Rina tersentak. Jantungnya berdegub laju..
“Abang biar betul..?” soal Rina kebingungan..
 “Kenapa, abang kan dah mampu..lagipun abang rasa abang dah boleh pikul tanggungjawab sebagai seorang suami..” Tegas Maz lagi..
“Abang, memang sayang tahu abang dah mampu..sayang juga tahu abang dapat jadi seorang suami yang bertanggungjawab..tapi biarlah teratur abang.. Tunggulah sampai sayang habis belajar dulu ye..” Pujuk Rina menenangkan hati Maz.
Okey la sayang, tapi jangan lama-lama tau, abang tak dapat tahan kerinduan macam ni.” Kedengaran sayu suara Maz berbicara…
 “InsyaAllah bang.. Abang jaga diri tau.. Jangan nakal-nakal kat KL tu.” Rina mengusik..
‘Rina, dah mandi ke belum tu..?” Tiba-tiba suara ibu Rina lantang kedengaran di luar pintu biliknya. Rina pantas melihat jam di dinding. Sudah pukul 7.50 pagi tapi dia masih belum buat apa-apa lagi.
“Abang, sayang kena pergi dulu… Mak dah panggil ajak temankan dia ke kedai.. Nanti abang call sayang lagi ye…”
“Yela, nanti malam abang call sayang lagi..” Jawab Maz. Rina segera mematikan talian. Tanpa berlengah, Rina terus mencapai tuala mandi dan bergegas masuk ke bilik air. Dalam masa 15minit sahaja, Rina sudah bersiap. Ibunya sudah menunggu dengan wajah yang resah.





5



Dalam perjalanan, ibu Rina sibuk mencatat barang-barang yang perlu dibeli. Dan sesekali Rina mengingati barangan yang perlu untuk ditambah. Setibanya mereka di kedai runcit, orang sudah mulai ramai memenuhi bahagian depan kedai yang sering digunakan untuk meletakkan barangan basah seperti ayam, daging mahupun ikan serta sayur-sayuran. Tidak sampai dua jam, mereka kembali tiba dirumah. Kejadian pagi tadi masih berlegar-legar di fikiran Rina menyebabkan perubahan di wajahnya menjadi persoalan ibunya.
“Rina cakap dengan siapa tadi?” soal ibunya.
Rina mengerutkan dahi..”Siapa mak?”
“Pagi tadi ada orang telefon kau kan.? Mak dengar kau cakap dalam bilik..”
“Maz la mak, sapa lagi..” Rina cuba bersahaja..
“Mak tak marah Rina nak berkawan dengan dia, tapi jangan pulak berahsia dengan mak. Selama ini Rina tak pernah berahsia dengan mak. Mak risau tengok Rina macam ni..” Terus-terang ibunya berbicara. Rina terpaksa berterus-terang sebelum ibunya naik darah jika dia terus mendiamkan diri. “Dia call Rina mak.”
“Dia betul-betul sukakan Rina ke.?” Soal ibunya lagi. Persoalan itu sudah acap kali disoal. Tapi Rina yang tidak pernah beri kata putus.
“Mak tak mahu kau kecewa nanti..” Rina mengeluh panjang. “Mak, dia baik mak. Selama Rina kat KL tu, dia yang jaga Rina. Dia tak pernah buat benda yang tak elok kat Rina…”
“Mak tahu dia boleh jaga kau..Tapi kau kena berterus-terang jugak dengan dia. Sampai bila kau nak tipu dia. Belum lagi ayah kau tahu benda ni..kalau dia tahu, mengamuk orang tua tu..” Terang ibunya menceritakan pada Rina. “Mak tak kisah kau nak berkawan dengan sapa, tapi kau harus ingat ayah kau yang tentukan jodoh kau. Mak tak boleh nak buat apa-apa..” sambung ibunya lagi.
“Mak, kita boleh merancang tapi Allah juga yang menentukan. Jodoh Rina bukan ayah yang tentukan..Mak pun tahu kan..” Ibu Rina terus menatap wajah Rina. Ketika keadaan sedang tegang itu, Rina tidak berani menatap wajah ibunya. Dia takut kiranya wajah yang bengis itu akan mengubah ketegasan hatinya pula. Rina tidak mahu mengalah hanya kerana ayahnya yang mahukan dia berkahwin dengan anak rakan ayahnya. Selebihnya dia tidak mahu menjadi mangsa keadaan kerana ingin membalas jasa orang. Rina menarik nafas panjang. Cuba meredakan perasaan dia sendiri. “Yang sebenarnya, punca bukan datang dari Maz, mak. Rina takkan berkahwin dan tak sanggup nak berumah tangga dengan orang yang Rina sendiri tak kenal..” Bentak Rina tenang. Rina menarik nafas panjang. Ibunya kelihatan tenang. “Bila Rina kahwin, Rina nak rumahtangga Rina kekal. Rina tak mahu ada sesuatu yang menghalang Rina rasa bahagia. Rina tak mahu ada benda yang boleh buat Rina bencikan dia. Ini kenal pun tidak. Senang-senang je nak suruh Rina kahwin dengan orang tu. Mak sanggup ke biarkan Rina kahwin dengan lelaki yang Rina tak pernah kenal? Mak sendiri pun tak pernah jumpa dengan lelaki tu kan.!” Rina cuba untuk terus bersuara agar ibunya faham keadaannya. Ibunya mengeluh panjang. Rina dapat rasakan ibunya seolah terjerat di antara dua persimpangan. Rina juga tahu, ibunya juga mahu anaknya berkahwin dengan pilihannya sendiri. Tapi ibunya juga tidak dapat membantah keputusan ayah Rina. Mereka bagaikan sudah terkepung dan tiada jalan keluar lagi.
“Nantilah mak tengok macam mana mak boleh betulkan keadaan ni semua bila ayah kau balik. Tapi kau jangan berharap sangat.” Itulah kata-kata ibunya. Nadanya begitu lemah tanpa semangat kuat. Belum lagi bertemu dengan ayahnya. Rina tahu jawapannya pasti mengecewakan. Rina termenung, mungkinkah sudah takdirnya berkahwin dengan pilihan ayahnya. Maz pula begitu sibuk bekerja hingga pulang lewat malam. Malam itu Maz menelefon Rina. Maz sudah selamat sampai di rumah. Dan ketika ini, Maz sedang makan di sebuah gerai berhampiran rumahnya.
“Sayang rindu kat abang tak?” soal Maz.
“Entahlah, abang rasa sayang rindu ke kat abang..?” Gurau Rina sengaja mengusik Maz.
“Abang ada belikan hadiah untuk sayang. Sayang tentu suka.” Gembira Maz katakan sehingga makanan yang dipesan belum disentuh lagi. Kembang rasa hati Rina. Maz langsung tak pernah melupakan Rina. Membuatkan hati Rina terusik kerana belum pernah ada orang yang melayan dia sebegitu.
“Hadiah apa bang.?” Soal Rina terharu.
“Alaa, tunggulah sayang balik sini dulu. Kalau abang bagitau tak best la..” Jawab Maz sambil menyedut air minumannya. Rina tersenyum manja. “Abang ni..takpe la, minggu depan sayang dah nak balik..”
“Aik, baru dua hari kat Miri dah nak balik dah..kenapa ni sayang? Ada masalah ke?”soal Maz kehairanan.
“Takde apa la bang. Nanti sampai KL je sayang story kat abang okey..” jawab Rina bagi menenangkan hati Maz.
“Sayang, abang sayangkan sayang tau.”
Rina tersenyum bahagia.
“Sayang tahu abang. Sayang pun sayangkan abang..” Hati Rina berbunga-bunga. Dia tahu Maz benar-benar menyayangi dirinya.
Okey la sayang, abang nak makan ni. Minggu depan kita jumpa ye..” Pinta Maz kerana makanan yang dipesan olehnya sudah sejuk.
“InsyaAllah, nanti balik sayang call abang ye..”
Okey, jangan tak call tau.”
Sure abang..abang makan banyak-banyak tau. Bye abang..”
Bye sayang..”
Rina terus tersenyum dengan perasaan yang begitu bahagia. Buat seketika, kejadian buruk pagi tadi terpadam sedikit tanpa disedari. Maz pula sedang menikmati makan malam dengan penuh bahagia. Maz berharap pilihannya kali ini adalah tepat.




6



Masa memang berlalu dengan pantas. Tiba masanya untuk Rina balik ke KL. Seperti yang dijanjikan, Maz menjemput Rina di airport.
“Okey, abang kata hari tu ada hadiah untuk sayang kan..mana dia?” Tanya Rina sejurus dia melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk penumpang. Meleret sahaja senyuman Rina. Namun, Maz hanya berdiam sahaja.
“Abang, sayang tanya ni…mana hadiah sayang?” Tanya Rina lagi.
“Kecik hati abang tau..” Pintas Maz menjawab.
Rina mengerutkan dahi. “Apsal ni bang..?”
Maz mendengus. “Sampai je terus tanya hadiah…tak tanya pun abang sihat ke, dah makan ke belum.!”
“Sayang minta maaf abang..maafkan sayang ye..” pujuk Rina,. Maz hanya berdiam. Terus sahaja memandu seolah tiada siapa bersamanya.
“Abang lebih penting bagi sayang, bukan hadiah yang abang belikan tu..” Pujuk Rina melembutkan hati Maz.
“Betul ni sayang atau saja nak pujuk abang sebab hadiah ni kan..” ujar Maz sambil memegang kotak bungkusan.
“Betul la bang. Abang kan nyawa sayang. Sayang pulak nyawa abang..” Ucap Rina lembut. Mereka berpandangan. Pandangan Maz membuatkan Rina seperti ingin memberitahu satu rahsia yang terpendam dihatinya tetapi dia tidak tahu harus bagaimana untuk dia ceritakan kepada Maz.
“Alaa, nak hadiah la tu kan?’ Eksperasi wajah Maz berubah serta merta. Senyuman nakal terukir di bibirnya.
“Oh..abang tak percaya la.. Abang ingat sayang cakap macam tu sebab hadiah tu ke..?” Jawab Rina pantas dengan suara yang agak keras. Maz tersenyum lebar.
“Terpulanglah abang nak percaya atau tak. Apa yang sayang cakap tu ikhlas. Lahir dalam hati sayang..” Jelas Rina sambil menggenggam tangan Maz.
“Sayang nak tahu, bila sayang cakap macam tu, hati abang bahagia sekali. Abang taknak kehilangan sayang.” Ujar Maz perlahan sambil mengusap dahi Rina. Rina terdiam selepas itu. Rina akui, memang dia bahagia bila bersama dengan Maz.
“Abang memang nyawa sayang..” Akui Rina jujur. Rina pantas mematikan perbualan dan mengungkit semula hadiah yang dijanjikan itu.
“Sayang cakap mesti nak hadiah tu kan..” Usik Maz lagi. Rina tersenyum nakal.
“Eh, abang dah janji kan, mestilah sayang tuntut..” Maz hanya menggelengkan kepala sambil ketawa.
“Mana hadiah tu?” Tanya Rina dengan riak nakal. Secara spontan Maz mencubit hidung Rina.
“Perempuan, kalau takde hadiah mulalah merajuk..kalau ada, tak boleh nak sabar sesaat pun..” Sindir Maz dengan gelak ketawa. Rina mencemikkan wajahnya. Namun sedikit pun tidak menafikan kata-kata Maz tadi.
“Mana hadiah tu bang..?” Tanya Rina lagi.
“Ada kat belakang..dalam beg kertas tu..” Ujar Maz. Rina menoleh ke belakang seperti yang diarahkan oleh Maz. Di belakang tempat duduk, penuh dengan pelbagai buku dan dokumen dan sebuah beg kertas seperti yang dimaksudkan oleh Maz. Rina dan Maz sama-sama mengerling bila beg kertas tersebut berada di pangkuan Rina.
“Abang tau sayang mesti suka hadiah ni..” Ujar Maz sambil tersengih. Rina semakin gembira dengan apa yang diperkatakan oleh Maz. Lantas Rina melihat apa yang terkandung di dalam beg kertas tersebut. Rina mengeluarkan bungkusan kecil dari beg kertas tersebut.
“Bukalah sayang..” Ajukan Maz bagaikan tidak sabar lagi. Rina membuka bungkusan itu dengan perlahan-lahan. Selapis kertas bungkusan telah dibuka, namun masih berbungkus lagi dengan kertas bungkusan yang lain. Tiba-tiba raut wajah Rina berubah. Dia seakan-akan tidak percaya pemberian yang berada di tangannya itu. Sebentuk cincin emas permata.
“Macam mana, suka tak sayang?” Tanya Maz penuh senyuman. Lalu Maz berhentikan kereta di bahu jalan. Maz mengambil cincin tersebut lalu menyarung di jari Rina. Rina masih terkedu. Dia seolah-olah disampuk.
“Kenapa abang susah payah macam ni..sayang tak perlukan semua ni bang..” Akhirnya Rina berkata sesuatu. Hanya itu yang terlintas difikirannya.
“Sayang cakap apa ni.. Sayang tak suka ke abang buat macam ni?” Tanya Maz kebingungan. Rina buntu . dia tahu dia tidak sepatutnya berkata begitu dengan Maz. Rina terus memegang erat tangan Maz.
“Abang, bukan emas permata yang sayang mahukan..cukuplah sekadar abang jaga sayang. Sayang bahagia bang. Selama ni abang banyak berkorban untuk sayang. Sayang hargai semua tu bang. Tapi jangan manjakan sayang dengan semua ni abang. Cukuplah segala kasih sayang yang abang berikan pada sayang..” Rina menitiskan airmata. Maz cuba menenangkan Rina sebaik melihat Rina bersedih.
“Sayang, apa yang abang beri selama ini tanda kasihnya abang pada sayang. Abang sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan sayang..” Ujar Maz sambil mengesat airmata Rina. Maz memaut tubuh Rina dengan rapatnya. Rina masih lagi menangis. Tetapi dia menangis bukan kerana sedih, tetapi terharu kerana Maz begitu baik sekali akan dirinya. Kemudian mereka berhenti di sebuah restoran yang sering kali mereka kunjungi. Sebaik sahaja memberhentikan kereta, Maz keluar memimpin tangan Rina. Mereka berpandangan seketika. Mereka segera keluar dan berjalan ke arah meja yang masih banyak lagi kosong. Maz memesan tomyam campur, kerabu sotong, butter prawn dan ikan kerapu tiga rasa. Makanan kegemaran Rina. Rina masih lagi tersedu-sedu. Dia tidak tahu harus bagaimana untuk dia berterus-terang dengan Maz. Dia memberanikan diri. Dia harus kuat. Sampai bila dia mahu menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan lelaki yang dicintainya itu.
“Abang, ada benda sayang nak bagitau kat abang ni..”
“Apa dia sayang? Bagitau je la..’ Soal Maz penuh dengan tanda tanya.
Rina menyusun semua kata-kata supaya Maz faham apa yang hendak dia perkatakan.
“Sebenarnya bang, family sayang dah carikan jodoh untuk sayang..” Maz tersentak. Seperti terkena pukulan yang hebat. Bagai gugur jantungnya itu.
“Habis tu, sayang setuju ke.?” Ringkas Maz mempersoalkan kenyataan Rina.
“Tak abang. Sayang taknak. Sayang nak hidup dengan lelaki pilihan sayang sendiri..” Jawab Rina. Maz bagaikan tidak terdaya. Hatinya terguris bila mendengar kenyataan Rina. Bagaikan mimpi ngeri yang menghantui hidupnya. Rina segera memujuk Maz.. ‘Dan abang lelaki yang sayang maksudkan. Sayang nak hidup dengan abang..” Sedikit sebanyak kata-kata Rina mengubat kesedihan Maz.
“Dah la sayang, jom kita makan..sejuk dah makanan ni..” Rina mengangguk perlahan. Dia dapat rasakan kepedihan yang dirasai oleh lelaki itu. Maz cuba mengubah topik yang lain. Dia tidak mahu Rina dalam dilemma. “Sayang tak suka ke pemberian abang selama ni atau sayang tak suka abang bazirkan duit untuk sayang.?” Tanya Maz sambil menyeduk sedikit tomyam ke dalam mangkuk Rina. “Abang tak pernah buat macam ni kat perempuan lain tau. Bagi abang, sayang begitu bermakna dalam hidup abang. Abang juga mahu lebih bertanggungjawab pada sayang..” Sambung Maz lagi. Rina tersenyum. Jari-jemarinya sedang bermain dengan kotak tisu di atas meja. “Abang, sayang tahu abang ikhlas terhadap sayang. Abang pun tahu kan yang abang amat penting dalam hidup sayang. So, abang tak payah curiga dengan sayang ye..” Jelas Rina agar Maz tidak curiga tentang hatinya lagi.
“Adik sayang nanti datang kat sini tau. Ada konvokesyen…mak ayah pun ikut sekali. Nanti kita jemput dia orang ye bang..” cerita Rina sambil menyeduk kerabu sotong di depannya itu.
“Oh yeke..boleh sayang. Kalau macam tu, alang-alang dah family sayang ada kat sini, apa kata kita bawak diaorang pergi bercuti…Hhhmmm..Langkawi ke, takpun Pulau Pangkor.. macam mana, okey tak.?”
“Tak payah la bang. Simpan je duit abang tu..yang penting, abang kena pandai ambik hati family sayang tu. Lebih-lebih lagi ayah sayang tu. Tak payah la nak pergi bercuti dulu. Boleh ye bang.?”
“Yela sayang.. abang ikut je.” Maz mengangguk tanda setuju. Setelah membayar harga makanan, mereka terus melangkah keluar dari restoran itu. Namun langkah mereka tergendala bila hujan turun dengan lebatnya. Maz dan Rina berpandangan. Tiba-tiba sahaja mereka tersenyum sendiri.
“Sayang tunggu kat sini, abang ambik payung kat kereta. Tunggu tau..” Tidak semena-mena, Rina menahan langkah Maz dengan menggapai jari-jemarinya yang hampir dengan Rina. Maz terkejut.
“Tak payah la ambik payung. Abang kan payung sayang..” Ujar Rina sambil memeluk erat tubuh Maz. Malam itu, jiwa Maz diulit rasa syahdu. Biarpun hujan lebat membataskan pergerakkan mereka, namun hujan yang jatuh ke bumi bagaikan membawa hati Maz ingin dekat selalu pada Rina. Maz memandang Rina. Pandangan Maz yang tajam terus meresap ke jiwa Rina. Kemudian Maz menarik tubuh Rina lebih rapat. Maz memaut bahu Rina dengan erat dan membisikkan sesuatu yang membuatkan Rina terpana seketika.

“I love you more than words can say, sayang..”

Itulah kata-kata Maz bisikkan pada Rina. Rina rasa terharu mendengar kata-kata itu. Sebagai wanita, Rina rasa sangat dihargai dan diberikan perhatian sepenuhnya. Dan mereka berlarian beriringan. Bersama-sama meredah hujan yang lebat itu menuju ke kereta Maz. Biarpun basah, bagi Maz itu adalah pengalaman yang cukup manis untuk dikenang.




7



Hari jumaat berikutnya, keluarga Rina selamat sampai ke Kuala Lumpur. Rina bersama Maz menjemput mereka di KLIA. Maz membawa keluarga Rina menginap di hotel yang berhampiran dengan lokasi konvokesyen adik Rina. Sepertinya tidak banyak topik perbualan semasa perjalanan mereka ke hotel tersebut.
“Mak, ayah berehat la dulu, nanti petang sikit baru kita keluar ye..” Suara Rina memecahkan kesunyian di dalam kereta... “Boleh kan bang..” Tanya Rina lagi.
“Ermm, tak dapat la sayang. Petang ni abang ada meeting.. apa kata lepas maghrib kita keluar. Lagipun lepas maghrib abang free, takde kerja..” Jawab Maz sambil melihat telefon bimbit di tangannya.
Okey jugak tu bang. Boleh keluar makan sekali.”
Setelah tiba di hotel, Maz terus memecut meninggalkan Rina sekeluarga. Ayah Rina seperti kurang senang melihat Maz berkawan dengan anaknya.
“Kau ada apa-apa ke dengan budak tu.?” Soal ayah Rina dengan tegas. Rina hanya mendiamkan diri. Dia tahu, jika tersilap cakap, akan menaikkan darah ayahnya. Seperti yang dijanjikan, Maz datang membawa family Rina keluar makan dan bersiar-siar di ibukota.
“Ni kereta sapa pulak bang.? Mana kereta BMW abang tu?” Tanya Rina setelah melihat Maz menjemput mereka menggunakan Toyota Alphard.
“Ni kereta abang la sayang. Luas sikit. Barulah selesa family sayang nak duduk..” Jawab Maz dengan senyuman hambar. Tiba-tiba telefon bimbit Rina berbunyi. Rina melihat di skrin telefon tertera satu mesej yang diterimanya. Lalu Rina membuka mesej tersebut.

Sory syg sbb x bagitau yg abg beli kereta baru. Abg ingat abg nk surprise kt syg tadi…sory ye syg..

Maz menghantar mesej itu kepada Rina. Kelihatan Rina hanya tersenyum. Lalu Rina membalas mesej tersebut.

Syg x marahkan abg. Syg terharu bila abg buat mcm ni…tapi at least abg bagitau syg dulu tau.. Anywhere, thanks abg sbb buat semua ni utk syg..love u so much…

Maz kemudiannya membawa family Rina ke restoran untuk menjamu selera. Sikap Maz yang bersahaja membuatkan ibu Rina begitu senang dengan sikapnya. Ibu Rina mengerti, kebahagiaan anaknya juga adalah kebahagiaan ibunya. Akan tetapi, semua ini terpulang pada keputusan ayah Rina. Tidak banyak perbualan antara Maz dengan family Rina. Hanya sekadar bertanya tentang kerjaya Maz sahaja. Setelah selesai menjamu selera, Maz membawa family Rina ke Berjaya Times Square. Seketika mereka berjalan di bangunan tersebut, Maz terima panggilan dari Dato’ Adzhar.
“Helo, ye Dato…ada apa?”
“Kau kat mana sekarang ni Maz?”
“Saya kat Times Square dengan family kawan saya.. Kenapa ye Dato’.?”
“Owh, takpe la. Esok je la kita jumpa. Ada something saya nak bincang dengan kau.” Ujar Dato’ Adzhar.
“Owh, okey la Dato’.. Assalamualaikum..”
Maz mematikan panggilan. Sepertinya ada urusan penting yang ingin Dato’ Adzhar bicarakan. Rina mendekati Maz. Perasaan ingin tahu dengan siapa Maz berbicara tadi membuatkan Rina bertanya.
“Abang cakap dengan sapa tadi?” Tanya Rina.
“Owh, dengan Dato’. Maz seperti kelihatan bermimpi seketika.
“Kenapa dia call, ada masalah ke bang.?” Tanya Rina lagi untuk dapatkan kepastian.
“Entahlah sayang, abang pun tak tahu..Eh jom la. Sayang taknak shopping ke? Rugi tau, abang baru je keluarkan duit tadi. Kesian kat duit ni kalau tak dibelanjakan..” Bicara Maz sambil menepuk dompet di koceknya. Rina tersengih dengan gurauan Maz. Jam menunjukkan pukul 10.00 malam. Mereka pun beransur pulang kerana kelihatan penat setelah agak lama berjalan. Seperti biasa, Maz menghantar family Rina ke hotel. Sebaik sahaja Rina melangkah masuk ke bilik hotel, ayahnya terus melontarkan perasaan tidak puas hati.
“Ayah tak suka kau berkawan dengan budak tu. Walaupun dia kaya, tak semestinya ayah suka.!!” Tegas ayah Rina berbicara.
“Tapi ayah, kenapa? Maz baik orangnya. Kenapa ayah?” Rina terkejut dengan kata-kata ayahnya sebentar tadi.
“Jodoh kau ayah yang tentukan. Kau jangan nak bantah aku.!!” Rina tidak mampu berkata lagi. Linangan airmata sudah cukup menggambarkan perasaan sedih. Sepertinya dia tidak diberi peluang untuk memilih jalan hidupnya sendiri. Ibunya segera memujuk Rina.
“Itulah, mak dah bagitau kat Rina tapi Rina taknak dengar cakap mak. Kau pun tahu takde sapa yang boleh bantah cakap ayah kau tu..” Terang ibunya bila melihat Rina mula reda. Rina mengesat airmatanya.
“Tapi mak, kenapa Rina? Kenapa ayah tak pernah nak faham kehendak Rina. Kenapa Rina yang perlu lalui semua ini mak.?” Tanya Rina sambil mengambil tuala ditepinya.
“Entahlah Rina. Mak pun tak tahu kenapa ayah kau macam tu. Kau sabarlah.. Mungkin lama-lama ayah kau akan faham nanti.” Pujuk ibunya lagi. Hati ibu mana tidak terkilan bila tengok anaknya sedih sentiasa. Keesokkan harinya Rina keluar makan tengah hari bersama rakannya Erin dan Fida. Rina memilih untuk berdiam diri. Rina mengeluh perlahan. Tidak cukup menangis di hotel, di restoran pun Rina menitiskan airmata. Tidak mampu menahan sebak apabila terkenang kata-kata ayahnya malam semalam. Rina mula meluahkan kepada dua sahabat karibnya. Erin dan Fida seperti terkena kejutan kerana setelah mendengar masalah Rina, mereka seperti dapat merasakan kepedihan yang dialami oleh rakannya itu.
“Susah sangat ke ayah kakak nak terima pilihan anaknya sendiri..” Tersedu-sedu Rina melepaskan perkataan. Namun dia kalah dengan mutiara yang mengalir di matanya itu.
“Sabarlah kak, mesti ada hikmah pada segala apa yang berlaku ni.” Ujar Erin. Mereka sedikit pun tidak menyentuh makanan di atas meja. Hanya menyedut air sekadar membasah tekak. Mereka pun beransur meninggalkan restoran itu. Sekali lagi perasaan Rina kalah. Dia menangis lagi semasa melangkah keluar pintu utama restoran tersebut.
“Dahlah tu kak.. Biar Erin dengan Fida hantar akak balik ye..” Ujar Erin sambil memegang bahu Rina.
“Akak taknak balik Erin..” Rina menggelengkan kepala. Dia sepertinya mahu lepaskan semua kesedihan agar dia tidak merasa kesakitan itu lagi.
“Jangan macam ni kak.. Akak kena kuat. Kalau akak benar-benar sayangkan dia, akak kena terus pertahankan. Erin dan Fida ada dibelakang akak, support akak..” Pujuk Erin sambil membuka pintu kereta.
“Akak balik rehat ye..kalau tak pun, akak balik rumah kita orang..” sambung Fida. Di rumah, Rina berasa tidak sedap badan. Kepalanya terasa berat. Badannya langsung tidak bermaya. Erin dan Fida sedang sibuk memasak di dapur. Kerana dari tengah hari tadi mereka belum menjamah sebutir nasi pun. Erin menyuapkan bubur ke dalam mulut Rina.
“Akak kena makan.. Kalau Maz tahu keadaan akak macam ni, lagi dia susah hati kak..” Erin cuba buat hati Rina tenang. Fida menguis lembut lengan Rina. Mengharap agar Rina kembali tenang. Dalam kesedihan Rina, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Di skrin telefon tertera nama Maz.
“Helo sayang, sayang okey ke? Erin mesej abang tadi..dia cakap sayang tak henti-henti nangis. Kenapa ni sayang? Nak abang datang sana ke?” Ujar Maz penuh kebimbangan. Dengan suara bergetar, Rina cuba untuk bersuara.
“Takde apa la abang. Sayang okey je ni. Tak payah la abang datang. Abang kan tengah kerja tu..” Lemah suara Rina membalas pertanyaan Maz.
“Betul ke ni sayang?..takpe lah, lepas habis kerja je abang datang ambik sayang ye.,” pujuk Maz lagi.
“Yela bang. Abang jaga diri tau..” Balas Rina sebelum mematikan panggilan. Sesekali terlihat senyuman terukir di bibir Rina. Dalam situasi begini, dia bersyukur kerana rakan baiknya ada disamping dirinya lebih-lebih lagi Maz yang sangat-sangat mengambil berat tentang dirinya. Keesokkan harinya, hari konvokesyen adik Rina di Shah Alam. Maz bergegas dari pejabat ke hotel penginapan family Rina.
Maz memakai pakaian formal beserta blazer kerana tidak sempat lagi untuk menukar pakaian. Rina tergamam. Kerana sekian lama dia berkawan dengan Maz, dia tidak pernah melihat Maz dalam keadaan penuh segak.
Sorrylah sayang, tadi abang ada meeting. Abang tak lambat kan..?” Bicara Maz dengan penuh kelam kabut. Rina hanya tersenyum. Sesekali Rina menjeling ke arah Maz. Sesekali dia tersenyum sendiri. Maz menekan pedal minyak bergerak menuju ke pusat konvokesyen.



8



Suasana pejabat terlalu tenang. Masing-masing tunduk mengadap kerja. Maz menumpukan sepenuh perhatian menyiapkan kerja tanpa sebarang gangguan. Tapi masalahnya hari ini, gangguan yang dihadapinya adalah dari benaknya sendiri. Maz bingkas bangun dan terus mundar-mandir. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Seketika kemudian, dia berdiri bak tunggul mati. Menggaru-garu kepalanya. Kalau kepalanya itu ada masalah kelimumur, sudah pasti penuh di baju. Pandangan Maz terlontar jauh. Dia duduk menopang dagu di tepi jendela bilik yang luas ternganga. Segala macam perasaan bercampur aduk dalam hatinya dan kian mengganggu akal fikirannya. Memaksa benaknya memikirkan kemungkinan yang tidak pernah menjangkau kotak fikirannya selama ini. Bunyi ketukan pintu memecahkan kesunyian yang dirasai Maz. Perlahan-lahan pintu terbuka.
“Maz, boleh saya masuk.?” Dato’ Adzhar memecah kesunyian di dalam bilik Maz.
“Eh, Dato’..masuklah.” Balas Maz dalam sedikit terkejut.
So, macam mana projek kita kat Tangkak tu.? Semuanya okey.?” Tanya Dato’ Adzhar mengenai projek resort di Tangkak Johor.
“Owh, semuanya okey Dato’.. Semuanya berjalan dengan lancar. Kalau takde masalah, tak sampai dua tahun siaplah resort kita tu Dato’..” jawab Maz sambil memegang kertas projek tersebut.
“Bagus.. Pastikan semuanya berjalan dengan lancar…” Lantas Dato’ Adzhar beredar dari bilik Maz. Maz melepaskan keluhan setelah Dato’ beredar dari biliknya. Hati Maz masih lagi resah. Matanya merenung jauh ke hadapan. Namun pandangannya terbantut sekali lagi apabila kedengaran bunyi telefon bimbitnya.
“Helo abang. Abang tak balik lagi ke..?” Tanya Rina.
“Eh sayang..sekarang pukul berapa..?”
“Dah pukul 5.00 petang dah bang. Abang belum balik lagi ke? Sayang dah habis kuliah ni..”
“Ya Allah..yeke sayang. Japgi abang balik. Sayang tunggu tau”
“Yela bang.. hati-hati drive kereta tu..” Maz menjemput Rina di Kolej Islam. Terkebil-kebil mata Maz memandang wajah Rina. Merasakan ada kelainan pada wajah gadis yang dicintainya itu.
“Sayang, sejak bila sayang dah pandai guna mekap ni.?” Ujar Maz sambil menyambut buku yang ada di tangan Rina. Rina tersenyum manis.”Kenapa bang, tak cantik ke.?” Rina tersipu malu. Dia berfikir, dia harus kelihatan cantik kerana dia bersama dengan ahli perniagaan yang boleh dikatakan terkemuka.
“Cantik sayang, memang cantik…tapi abang lebih suka sayang macam biasa je..lagi cantik..” Rina mengerutkan dahi.. “Alaa abang ni, sayang buat macam ni untuk abang jugak. Abang nak ke orang cakap sayang ni tak pandai berhias sedangkan kekasihnya seorang ahli koporat…taknak kan..?”
Maz menggenggam tangan Rina.. “Sayang, biarlah orang nak kata apa pun, yang pentingnya kita jangan ubah diri kita. Abang sayang sayang bukan sebab sayang cantik..abang sayang sayang sebab diri sayang..hati sayang..” Ucapan Maz membuatkan hati Rina bergetar.. “Haa sayang..kenapa tak duduk je dengan Erin dan Fida tu.? At least takde la sayang rasa sunyi sangat. Pasal duit sewa tu sayang tak payah risau la..nanti abang uruskan..” sambung Maz lagi.
“Eh, takpe ke ni abang.? Tak susahkan abang ke?” Soal Rina
“Takpe la sayang. Lagipun dekat dengan kolej kan. Tak payah la sayang susah-susah naik teksi lagi..” Ujar Maz dengan wajah yang ceria. Rina pindah rumah hari itu juga. Maz membantu Rina mengemas segala keperluan Rina. Sejurus itu, mereka pun bergerak menuju rumah sewa Erin dan Fida.
“Terima kasih bang. Abang banyak tolong sayang..sayang tak tahu nak ucap macam mana lagi..” Rina tidak tahu harus bagaimana untuk dia ungkapkan rasa itu. Maz betul-betul banyak mengubah hidup Rina.
“Abang buat semua ni supaya sayang boleh fokus pada pelajaran. Ni dah ada Erin dan Fida, takde la sayang sunyi lagi..” Ujar Maz sambil mengusap pipi Rina. Sabaik sahaja sampai, kelihatan Erin dan Fida sudah terpacak di depan pintu rumah menunggu kehadiran mereka. Rina dan Maz segera keluar dari kereta dan melangkah ke arah mereka. Mereka pun memunggah barang yang ada dalam kereta bawa masuk ke dalam rumah.
“Habis je kemas barang ni, kita pergi makan ye.. Sayang ajaklah sekali Erin dan Fida tu. Tak payahlah masak..kesian kat diaorang tu penat angkat barang tadi..” Jelas Maz kerana melihat jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam. Mereka pun bersiap untuk keluar makan. Semasa dalam perjalanan, Maz bersuara.. “Nak makan kat mana ni.?”
“Mana-mana la bang..” Jawab Rina ringkas.
“Eh sayang ni, abang bukan tanya sayang..abang tanya Erin dan Fida..” Ujar Maz diiringi dengan gelak tawanya. Rina mencemikkan muka.
“Kami ikut je Maz.” Jawab Erin.
“Alaa sayang abang ni..merajuk la pulak.. kita makan kat Hotel Shangri-La nak tak sayang..?” Pujuk Maz sambil memegang tangan Rina.
“Tak payah la bang. Mahal tempat tu..” Tegas Rina kerana dia tidak mahu Maz membazir duit begitu sahaja. Maz hanya tersenyum. Tiba-tiba sahaja secara spontan jari Rina sudah berada di bibir Maz. Maz tidak terkejut sama sekali dengan perbuatan kekasihnya itu.
“Kenapa sayang..?” Soal Maz perlahan.
“Sayang suka tengok abang senyum macam ni..” Jawab Rina penuh romantis. Maz tersenyum lagi. Mereka berdua seolah-olah terlupa yang Erin dan Fida sedang memerhati kelakuan mereka itu. Suasana dalam kereta sepi seketika.
“Sayang, jom kita kahwin kat Thailand, nak?”
“Hah?” Rina sedikit terkejut dengan kenyataan Maz.
“Kita kahwin lari. Sayang cuma kata okey, abang terus bawak kereta ni ke Thailand..”
Passport macam mana?” Rina tersengih melihat Maz bersungguh-sungguh dengan rancangan gilanya itu.
“Kita seludup masuk.” Ujar Maz lagi
“Kalaulah boleh kita buat macam tu kan best bang…” Rina membetulkan tudungnya. Maz ketawa. Rina pun ketawa. Kedengaran juga suara Erin dan Fida ketawa. Tiba-tiba Maz dan Rina berasa malu. Mereka lupa akan rakan Rina yang berada di belakang tempat duduk penumpang. Maz memandang wajah Rina .
“Kita makan kat kedai biasa je la bang. Hotel mahal sangat. Sayang taknak kita membazir duit..” Kata Rina. Tanpa senyuman, wajah Maz nampak riang. Maz memberhentikan keretanya di sebuah medan makan di Ampang.
“Abang pernah datang ke sini ke..?” Tanya Rina sewaktu keluar dari kereta.
“Pernah..sekali dua.” Jawab Maz.
“Hah, dengan sapa?” Tanya Rina lagi.
“Dengan Dato’ la..” Jawab Maz selamba. Rian tersenyum. Mereka bersama Erin dan Fida melangkah masuk ke ruang makan dan mengambil tempat duduk di salah satu gerai di sana.
“Abang tahu apa yang sedap kat sini tak..?” Tanya Rina lagi.
“Entahlah sayang, abang sendiri belum cuba semua makanan kat sini..” Usik Maz. Rina mencubit paha Maz. “Sayang tanya elok-elok, abang loyar buruk pulak..” Gerutu Rina sambil menjeling ke arah Maz. Lelaki itu hanya ketawa kecil. Maz membiarkan Rina memesan makanan. Tengah rancak mereka berbual, makanan pun sampai. Maz menjamah makanan dengan penuh selera sekali. Begitu juga dengan Rina dan rakannya. Sambil makan, mereka berbual dan ketawa. Ada sahaja cerita dan gurauan Maz mencuit hati mereka.



9




Setelah selesai makan, mereka beransur pulang. Maz menghantar Rina dan rakannya balik ke rumah sewa. Kelibat kereta Maz mula hilang dari pandangan Rina. Rina masuk ke bilik menyalin pakaian. “Kak, Maz tu kerja apa ek? Mewah giler kereta dia pakai tu..” Tegur Erin dari belakang diiringi Fida.. “Eh, Erin, Fida..entahlah tak tahu pulak akak…tapi dia ada cakap dia tolong Dato’ handle satu company ni…kalau tak silap akak nama company tu MS Travel & Services Sdn Bhd…Haa, apsal Erin tanya.?”
“Yeke, untunglah akak, dah la dia tu baik..” Ujar Fida pulak.
“Akak kena cepat tau, kang tak pasal-pasal Maz tu dikebas orang…putih mata kakak nanti..” Usik Erin. Rina hanya tersenyum dengan gurauan rakannya itu.. “Kalau ada jodoh tak kemana..” Itulah jawapan Rina kepada rakannya.
“Tapi akak kena perjuangkan jugak. Jangan sampai cinta akak tiada penghujungnya.” Bicara Erin lagi.
Rina memikirkan apa yang diperkatakan oleh Erin. Ada betulnya juga. Cinta perlu dipertahankan, jika tidak menara yang dibina bersama-sama akan runtuh begitu sahaja. Kedengaran telefon bimbit Rina berbunyi.
“Assalamualaikum sayang. Abang baru sampai kat rumah ni. Sayang buat apa.?” Tanya Maz sambil merebahkan diri di atas katil.
“Waalaikumussalam abang. Takde buat apa pun..just borak-borak kosong dengan Erin dan Fida..” Jawab Rina .
“Haaa, mengumpat pasal abang la tu..” Usik Maz sambil ketawa kecil.
“Eh, takde la bang. Apa la abang ni..” Sepertinya Maz dapat menjangka Rina sedang bercerita tentang dirinya.
“Sayang, abang ingat abang nak pindah rumah la.. dekat sikit dengan sayang..” Ujar Maz selamba.
“Biar betul abang ni?” Tanya Rina penuh kegembiraan.
“A’ah..lagipun senang sikit abang nak jemput sayang balik kolej. Taklah jauh sangat. Shah Alam ni jauh. Kena lagi kalau jalan sesak , 2 jam baru sampai kat rumah..” Jawab Maz lagi.
“Terpulang pada abang.. kalau itu yang terbaik, sayang ikut je. Tapi bila abang nak pindah..?” Tanya Rina lagi.
Maybe esok kot. Harap-harap ada la rumah sewa yang kosong..”
“Oh, okey la bang. Sayang dah ngantok ni. Esok sayang ada kuliah pukul 8.00 pagi. Sayang tidur dulu ye…gudnite abang..love u so much..” Rina mematikan talian. Hati Maz tak keruan. Dia tidak sanggup berjauhan dengan Rina. Keesokkan hari seperti biasa. Suasana di pejabat berjalan dengan lancar seperti hari-hari yang lalu. Tidak banyak kerja yang Maz perlu lakukan. Namun begitu, Maz bertanggungjawab memastikan semua urusan syarikat berjalan dengan lancar. Bila jam menunjukkan ke angka 5.00, Maz seperti biasa bergegas bersiap-siap menjemput Rina. Nasib Maz baik kerana lebuhraya kelihatan tidak begitu sibuk. Maz datang tepat pada masanya. Dia melihat dari jauh kelihatan Rina sedang duduk termenung seorang diri. Maz sengaja memberhentikan kereta jauh dari pandangan Rina. Sedang Rina asyik mengelamun, tiba-tiba tempat duduknya diduduki seseorang.
“Hai, sorang je..Boleh berkenalan.?” Tegur Maz di sebelah Rina. Rina pantas menoleh. Maz sedang tersenyum memandang Rina. Rina terkejut teramat sangat.
“Eh abang.. bila abang sampai..” Ujar Rina penuh gembira. Dalam hatinya ingin saja memeluk Maz.
“Lama dah. Sayang je yang tak perasan abang..” Jawab Maz sambil membetulkan baju kemejanya.
“Oh ye, mana kereta abang.? Tak nampak pun..” Tanya Rina sambil menoleh ke kiri ke kanan mencari kereta Maz.
“Ada kat depan tu…tu haa kereta abang.” Jawab Maz lagi sambil menuding jari ke arah keretanya.
“Ni nak balik ke nak borak sampai pagi.?” Usik Maz kerana Rina asyik bertanyakan soalan kepadanya.
“Taklah, nak tidur sini terus..” Sindir Rina.
“Laa yeke.. kalau macam tu abang balik dulu la. Sayang tidurlah sorang-sorang kat sini..hati-hati tau..kat sini banyak nyamuk.” Bingkas Maz bangun diiringi gelak kecil.
“Abang..!!” Rina mencemikkan muka. Pura-pura merajuk mengharapkan Maz patah balik untuk memujuk.
“Alalaa sayang abang ni..merajuk la konon. Abang baru je nak ajak makan kat Mc’D.” Ujar Maz sambil memegang tangan Rina. Rina hanya mampu tersenyum dengan gurauan Maz. “Sebut je Mc’D, terus okey.. sayang..sayang..” Maz ketawa melihat karenah Rina. Hubungan Maz dan Rina semakin intim.
“Abang, sayang harap abang tak tinggalkan sayang..” Rina kuat menggenggam tangan Maz. Sepertinya dia tidak mahu melepaskan tangan Maz. Maz memandang Rina dari ekor matanya dengan senyuman.
“Seronok sangat abang hari ni.. Ada apa-apa ke bang.?” Tanya Rina. Lelaki itu masih lagi tersenyum.
“Dah lama abang tak happy macam ni. Kerja di ofis, problem kerja.. Ada aje problem tak pernah habis..” Jawab Maz. Wajah Rina tenang bila mendengar kata-kata Maz tadi.
“Abang, sayang nak tanya something boleh tak? Harap abang jujur ye..” Tanya Rina perlahan.
“Apa dia sayang? Tanyalah..” Maz memandang Rina dengan penuh senyuman sambil memegang stereng kereta.
“Abang kerja apa sebenarnya kat company Dato’ tu.?” Soal Rina sedikit takut.
“Owh, sayang nak tahu ye..okey.. Abang sebenarnya CEO syarikat dan company tu milik abang sekarang ni..” Jelas Maz.
“Tapi macam mana abang boleh sampai ke tahap tu. Bukan sayang tak percayakan abang, Cuma sayang nakkan kepastian..” soal Rina lagi.
“Entahlah sayang. Abang pun tak sangka yang abang boleh sampai ke tahap macam ni. Mungkin Dato’ percaya dengan abang kot. Tapi sayang, kalau boleh jangan bagitau kat sapa-sapa tentang kerjaya abang. Cukuplah sekadar orang tahu yang abang sebagai pengurus syarikat je..boleh ye sayang..?” Pinta Maz.
“InsyaAllah bang. Abang jangan risau ye..” Sepertinya Rina berpuas hati dengan penjelasan Maz. Memang tidak dinafikan, sesiapa sahaja akan merasa sangsi kerana dengan usia sebegitu muda, Maz sudah berada di tahap yang tertinggi. Sebagai pemilik syarikat yang berjaya. Mereka bertentangan mata. Bibit-bibit cinta lahir sedikit demi sedikit. Namun, kerjaya Maz bukan setakat itu sahaja. Dia diarahkan untuk menguruskan anak syarikat kepunyaan Dato’ Adzhar di Jakarta.




10




Maz menghela nafas panjang. “Abang tak tahu bila abang akan balik, sayang. Sepertinya banyak yang kena abang uruskan kat sana. Tapi sayang jangan risau ye. Kalau abang tak dapat call, kita chat ye..”
Rina melirik ke arah orang ramai yang sibuk ke hulu dan ke hilir. Pada wajah masing-masing, tergambar pelbagai perasaan. Barisan mereka yang beratur untuk check-in kelihatan kalut sedikit. Sesekali mereka memandang jam dinding yang terpampang.
“Orang lain tak boleh ganti abang ke.?” Rina cuba merayu. Dia berharap Maz tidak pergi meninggalkannya. Maz hanya mampu tersenyum. Mereka bertentang mata barang sedetik dua. Hati Rina berdebar seperti selalu. Lelaki yang bernama Maz itu sentiasa mengujakannya, dari cara dia memandang di sebalik sepasang mata yang redup atau senyuman yang mekar perlahan-lahan.
“Ingat bang, kalau tak boleh call, sms ke chat ke..apa-apa je la yang boleh..” Ujar Rina keresahan. Maz mengangguk. Ini kali pertama Maz ke Jakarta dan kali pertama juga Rina menghantarnya ke KLIA.
“Sayang tahu kan yang Jakarta bukan macam negara kita yang dah maju ni..” Ujar Maz. Rina mengetap bibir lalu mengangguk.. “Sayang tahu abang. Abang jaga diri tau..risaulah, mana tau abang lekat pulak kat perempuan sana..sentiasa ingat sayang tau..”
Maz hanya tersengih.. “Sayang ingat, abang ni buaya darat ke..senang-senang je nak jatuh hati kat orang.. Sayang tu, jangan pulak layan mana-mana lelaki masa abang kat sana..” Rina cuma mempamerkan wajah selamba. Dia tidak betah dengan usikan Maz. Perlahan-lahan dia mengangkat cawan kopi ke pinggir bibir yang dilayangkan gincu merah saga. Maz menghela nafas panjang. “Bukan abang sorang je kat sanalah, ada dua tiga orang lagi yang menyusul nanti..” Maz cuba memujuk. Dia tidak mahu Rina dilanda kebimbangan. Rina cuba memujuk dirinya. Kenapa semangatnya begitu lemah? Kenapa jiwanya tidak tenang? Jari-jemari Maz menyentuh tangan Rina. “sayang jangan fikir yang bukan-bukan ye. Abang dah cakap banyak kali kan..”
Rina mengangguk lagi. Inilah kali pertama mereka terpaksa berjauhan setelah beberapa bulan bersama. Merasa bimbang terhadap keselamatan kekasih adalah sesuatu yang lumrah buat sesiapa sahaja. Ingatan Rina menerawang ke Dewan Perundangan, UIA. Waktu itu dia sedang duduk di kerusi hadapan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Maz. Mulanya, Rina menyangka tentulah lelaki berkemeja lengan panjang dan berseluar warna gelap itu pensyarah universiti. Bertuahlah siapa yang menjadi kekasihnya kerana dari bentuk fizikal, orangnya agak bergaya juga. Begitu telahan awal Rina. Berdasarkan cara lelaki tersebut menyampaikan hujah-hujahnya, menunjukkan bahawa dia seorang yang berpelajaran dan berdedikasi.
Okey, boleh cik tolong bagitau saya siapakah Ibnu Sina dalam tamadun islam.” Itulah soalan pertama yang terbit dari bibir Maz. Mulanya Rina memandang acuh tak acuh kepada lelaki tersebut. Kemudian dia mengerling ke kanan dan ke kiri. Ternyata Maz tepat menuding jarinya ke arah Rina. “Err, saya ke..?”
“A’ah, awak la..siapa nama awak.” Tegas Maz bertanya..
“Safarina, ustaz..” Jawab Rina tergetar-getar.
“Saya bukan ustaz, tapi insyaAllah dengan izin Allah mana tau saya dapat jadi ustaz…okey, bagitau saya siapakah Ibnu Sina..” Tanya Maz lagi
“Ibnu Sina adalah seorang tokoh perubatan islam. Beliau telah berjaya menghafal Al-Quran pada usia 10 tahun.. Dan telah menjadi Doktor DiRaja pada usia 18 tahun..” Jawab Rina kerisauan kerana takut akan jawapannya salah.
Okey.. Apa yang cik Safarina jelaskan tadi sedikit sebanyak tentang riwayat hidup Ibnu Sina..” Jelas Maz sambil senyum ke arah Rina.
Peristiwa itu terus mengimbas kenangan Rina tatkala dia memerhatikan langkah Maz menuju ke pintu berlepas.


Jaga diri sayang..Tunggu abang balik ye.. I will come back for you dear.

Begitulah pesanan Maz. Rina tidak mampu berkata apa-apa. Dia cuba menggagahkan diri untuk menghadiahkan senyuman terakhir buat lelaki yang semakin dicintainya itu. Sebaik sahaja kelibat Maz hilang dari pandangan, Rina duduk di sebuah kerusi. Suasana lapangan terbang terus sibuk. Pertemuan sekali lagi dengan Maz di tempat parkir menghambat kenangannya. Apa yang malang, dia terlupa di mana dia meletakkan Kancil biru rakannya. Petang itu, puas dia melilau ke sana ke mari. Malah, cubaannya menekan alat penggera juga tidak berhasil. Mungkin bukan di J3, tetapi di J4. Mungkin bukan di ruang berwarna kuning, tetapi biru. Menggelabah juga Rina. Mungkin dia boleh mendapatkan bantuan pengawal parkir yang duduk disitu. Ketika itulah muncul lelaki yang bertanyakan soalan kepada dia tadi.
“Eh, awak..!”
Rina membuat muka selamba dan berpura-pura seperti dia tidak dilanda masalah yang besar.
“Awak lupa kat mana kereta awak ye?” Soalan lelaki itu sedikit menghiris keegoan Rina. Tekaan itu benar. Dia memberanikan diri bertentang pandangan lelaki tersebut.
“Kalau ya, kenapa.?” Tegas Rina berbicara. Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala. Bersahaja, namun pada masa yang sama, menawan. “Amboi, garangnya. Tadi dalam dewan bukan main sopan lagi.” Komen lelaki itu sambil tersengih.
Hal kecik jela.. saya boleh cari sendiri..” Balas Rina sambil senyum sinis tanda dia serius dan mampu mencari sendiri. Lelaki itu masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri, kira-kira satu tiang dari sisi Rina.
“Lain kali, lepas parking kereta, ambik gambar mana-mana tiang yang berdekatan.. Baru selamat.! Tak payah la nak main ingat-ingat. Itu pentingnya handphone ada kamera..” Ujar lelaki itu lagi. Rina menelan liur. Kena lagi sebijik. Rina ingin lekas-lekas pergi dari situ, tetapi tidak tahu arah ke mana dia harus tuju. Terlintas sekali lagi untuk mencari pengawal parkir. Satu langkah yang bijak. Yang penting, dia ingin segera pergi dari lelaki yang nampak terlalu berkeyakinan itu. Belum sempat Rina berfikir panjang, lelaki itu bertanya.
“Apa nombor kereta awak?”
“Eh, tak payah susah-susahlah awak..”
“Tak susah pun,”balas lelaki itu sambil mengeluarkan handphonenya. “Apa nombor telefon awak.? Nanti kalau dah jumpa, saya call awak..oh ye, nama saya Marzuki..boleh panggil saya Maz..”
Ya Allah.. Dah tak betul ke apa ni. Rina tidak keruan. Takkan benda ini pun dia nak minta tolong orang.
“Saya boleh uruskan sendiri. Tak payahlah awak susah-susah..thanks ye..”
Maz nampak macam tidak mempedulikan kata-kata Rina, “Awak cari kat sini, saya cari kat bawah..lagi senang camtu kan..?” Ujar Maz lagi. Rina berfikir sejenak. Betul juga kata Maz. Lalu Rina memberi jenis, warna dan nombor kereta. Juga nombor telefon bimbitnya. “Kalau saya jumpa dulu macam mana.?” Soal Rina pula. “Lagi lima minit saya call awak..” Balas Maz lantas berlalu pergi. Rina terkulat-kulat melihat Maz beredar dari situ sepantas kilat. Rina melangkah sambil meninjau ke kiri ke kanan. Dia cuba mengingati pintu lif sebaik sahaja keluar dari kereta. Ternyata payah, mindanya seolah-olah tidak berfungsi, entah mengapa. Tidak lama kemudian, telefon bimbit Rina berbunyi.. “Kereta awak kat J10..meh la datang sini..” Ujar Maz. “Yeke, kejap lagi saya sampai.” Balas Rina sambil tersengih. Tanpa berlengah, Rina menuju ke tempat parkir itu. Sejak kejadian itu juga, Maz kerap menghantar SMS bertanyakan khabar. Hampir setiap hari mereka berbalas SMS. Dan seperti yang dijangkakan, perkenalan itu bertambah mesra. Sesekali mereka keluar bersama. Dan akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih. Sedikit sebanyak itulah kenangan sewaktu perkenalan mereka. Keguguran mutiara dari mata Rina jelas kelihatan. Dia tidak tahu berapa lama Maz ke Jakarta. Namun dia pasti akan menunggu kepulangan Maz. Bunyi deringan telefon bimbitnya membantutkan khayalannya.
“Helo akak..akak kat mana.?” Kedengaran suara Erin memecah gegendang telinga Rina.
“Akak masih kat airport lagi. Baru je hantar Maz.”
Fida mencelah, “Banjir tak kat airport tu kak.?” Sindir Fida sambil gelak kecil.
“Owh, perli akak ye…dah-dah, kejap lagi akak balik..” Rina cuba untuk ketawa namun hatinya masih lagi terusik.




11




 Rina memandu kereta BMW milik Maz keluar dari bangunan KLIA. Hujan membasahi kereta yang dipandunya. Sepertinya Allah memahami kesedihan yang dilalui oleh Rina. Seketika Rina sedang menunggu giliran untuk melepasi laluan Touch-n-Go di Tol Sungai Besi, sekali lagi dia berkhayal. Dia teringat setiap hari Maz akan datang menjemput dirinya di kolej sewaktu balik. Dan sesekali dia teringat layanan yang dicurahkan oleh Maz sedikit sebanyak mengukir senyuman di bibirnya. Beberapa saat kemudian, telefon bimbit Rina berbunyi.
“Helo abang, belum naik flight lagi ke.?” Sahut Rina sambil membetulkan hands-free nya.
“Belum sayang..flight delay. Lagi sejam baru bertolak..” Jelas Maz.
“Laa yeke.. kalau sayang tahu tadi, takde sayang balik dulu..”
“Nak buat macam mana sayang, cuaca tak menentu sekarang ni.. Ni sayang sampai mana dah ni..?” Tanya Maz.
“Kat jalan Sentul abang. Kejap lagi sampai la kat rumah.. Abang, sayang rindu sangat kat abang. Kenapa kita kena berjauhan macam ni.?” Keluh Rina sambil mengesat airmatanya.
“Sayang, jangan macam ni..abang pun taknak jauh dari sayang. Abang kan kerja..demi masa depan kita juga sayang..” Walaupun sakit, Maz cuba menenangkan perasaan Rina yang sedang gelora itu.
“Tapi bang, kita baru je seketika bersama..tup-tup abang dah pergi tinggalkan sayang.. Allah macam sengaja nak pisahkan kita..”
“Hish sayang ni. Tak baik cakap macam tu tau. Semua ni ada hikmahnya.. Kita kena fikir positif. Mungkin Allah nak kita belajar erti kesetiaan dan mengenal hati budi masing-masing…dah-dah, jangan fikir macam ni lagi..” Rina menitiskan airmata. Dia tidak kuat untuk menempuh dugaan ini. Tergetar-getar suara Rina membalas perbualan Maz.
“Yela bang.. sayang minta maaf. Tapi abang jangan lama-lama kat sana..sayang nak sentiasa bersama dengan abang..” Pinta Rina lagi.
“InsyaAllah sayang. Settle je kerja kat sana nanti terus abang balik.. Eh sayang, abang dah nak masuk flight ni..sampai Jakarta je abang call ye..bye sayang.. Always love you..”
Okey bang..love you too.” Rina mematikan talian. Tidak semena-mena, Rina sudah sampai di depan pintu rumah.
“Erin, Fida..jom kita makan kat luar.. Akak belanja..” Lantang suara Rina memanggil rakannya.
“Owh, akak dah sampai ye. Kejap ye…kitaorang tukar baju jap.” Jelas Erin sambil membuka pintu rumah. Mereka sejurusnya bergerak menuju ke gerai makan.
“Untunglah akak ni, dapat drive kereta mewah macam ni. Macam mana rasanya kak..?” Soal Erin sambil mengerling ke arah Rina.
“Biasa je la akak rasa…tapi tadi kan, ramai yang pandang akak masa kat highway tadi. Best jugak la rasanya..” Jawab Rina tersengih. Mereka berhenti di Restoran Air Buah Gelas Besar terletak di Bandar Baru Selayang. Lantas mengimbau kembali kenangan Rina bersama lelaki yang dicintainya itu, Maz. Mereka duduk di meja yang kosong di restoran tersebut.
“Makanan kat sini sedap tau. Lagi-lagi tomyam seafood..Erin dengan Fida mesti rasa tau..” Jelas Rina sambil membelek menu makanan.
“Macam mana akak tau.? Akak pernah makan kat sini ke.?” Soal Erin sambil membetulkan tempat duduknya.
“Selalu jugak la. Maz yang bawak akak makan kat tempat macam ni..” Jelas Rina lagi.
“Owh…low profile juga Maz tu ye kan kak. Dia tak kisah pun nak makan kat tempat macam ni. Yela, orang macam dia tu kan mesti la makan kat tempat yang ada standard..” Ujar Erin tersengih sambil menghulurkan menu kepada Fida. Rina hanya tersenyum dengan kata-kata Erin.
“Akak order je la.. Fida tak tau nak makan apa..” Fida mengembalikan menu kepada pelayan restoran.
Spontan Rina menghulurkan semula menu kepada pelayan yang sedang menunggu pesanan mereka.
Okey, bagi nasi putih tiga, tomyam seafood untuk tiga orang makan, ikan kerapu masak tiga rasa, daging masak merah dan sayur baby kalian masak sos tiram..” kata Rina dengan penuh lancar..
“Amboi kak, ni nak makan ke nak kasi pecah perut..?” sindir Erin.
“Air dik?” Tanya pelayan itu.
“Erin, Fida nak minum apa.?” Tanya Rina.
“Erin nak orange juice la kak..”
“Fida pula nak carrot susu..”
“Okey, bagi orange juice satu, carrot susu satu, pastu apple juice campur asamboi ye..” Rina memberitahu kepada pelayan tersebut. Pelayan itu segera berlalu pergi.
So, akak..taknak share ke kat kitaorang apa-apa ke.?” Soal Erin seperti ingin tahu perkembangan cinta Rina.
“Nak share apa? Takde apa-apa yang best pun..” Jawab Rina bersahaja.
“Alaa akak ni, nak berahsia pulak. Macam mana perkembangan dengan Maz.?” Sambung Fida pula. Sepertinya Erin dan Fida ingin satu setiap inci perhubungan Rina dengan Maz.
“Tadi akak hantar Maz kat airport kan..dia pergi mana kak.?” Erin pula mencelah bila dia lihat Rina hanya berdiam.
“Dia pergi Jakarta. Ada urusan penting katanya..” Ucap Rina tenang sambil tersenyum.
“Apa pangkat dia kak? Selalu sangat pergi outstation..mesti tinggi jawatan dia kan.?” Tanya Erin lagi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Rina tempoh hari.
“Dia Operation Manager. Biasalah kalau kerja travel ni, mesti banyak pi outstation.. Erin ni banyak tanya la.. Apsal, dah jatuh hati kat Maz jugak ke.?” Rina sengaja bercanda. Sepertinya Erin begitu tertarik terhadap Maz.
“Kalau Maz tu masih solo, nak jugak Erin..ahahhaha.. Takde la kak, Erin gurau je. Tapi kan, betul jugak apa akak cakap tu. Siapa yang tak terpikat dengan Maz tu..dah la baik, kaya pulak tu. Akak bertuah tau dapat lelaki macam Maz tu. Bukan senang nak dapat lelaki macam dia tu, betul tak Fida?” Fida sekadar mengangguk. Tetapi ada betulnya apa yang dikatakan oleh Erin. Rina rasa bersyukur sangat kerana dipertemukan jodoh dengan Maz, seorang lelaki yang tersangatlah baik.
“Eh, berapa umur dia kak.?” Sambung Erin lagi.
“Kalau tak silap akak, umur dia baru 21 tahun..” Jawab Rina sambil menyambut makanan yang dipegang oleh pelayan restoran.
“Kalau macam tu, dia muda dua tahun dari akak la. Best kan, muda-muda lagi dah hidup senang..bussinesman berjaya pulak tu. Akak bertuah sangat dapat Maz tu..” Puji Erin lagi. Dia kelihatan gembira kerana Rina bertemu jodoh dengan Maz.
“Entahlah Erin. Memang akak rasa bahagia bila bersama dengan Maz, tapi kadang-kadang akak rasa takut jugak..takut akan kehilangan dia. Macam Erin cakap tadi la, dia kaya..mesti ramai perempuan yang minat kat dia kan..” Keluh Rina. Memang patut dia merasa begitu, kerana sesiapa sahaja ingin mendekati Maz.
“Alaaa akak ni. Takkan Maz nak tinggalkan akak..kalau dia nak tinggalkan akak, dah lama dia cari yang lain kak. Akak kena percaya kat dia. Lagipun Erin tengok Maz tu jenis yang setia..tak mungkin la kak. Orang baik macam dia tu takkan sanggup lukakan hati akak..” Ujar Erin memberi kata-kata semangat pada Rina.
“Akak harap macam tu la Erin. Eh, jomlah makan..asyik bersembang je, bila nak makan ni..”
Mereka menjamah makanan penuh berselera. Rina meratah ikan kerapu dengan penuh selera. Sudah hampir dua jam Maz meninggalkan Malaysia. Rina tertanya-tanya sama ada dia sudah sampai ke Jakarta atau belum. Panggilan telefon bimbit Rina mematikan sekejap khayalannya. Tertera nama Maz di skrin telefon. Rina lantas menekan butang hijau.
“Helo sayang, rindu abang tak? Abang baru je sampai Jakarta ni..” Ujar Maz.
“Mestilah rindu abang. Sayang tertunggu-tunggu abang call tau. Nak makan pun tak lalu ni.”
“Laa yeke…kesiannya dia..”
“Dia tipu Maz.. Akak la paling banyak makan tadi.” Seloroh Erin mencelah perbualan Rina.
“Owh, tipu abang ya. Ni sayang makan kat mana ni.?” Tanya Maz.
“Kat tempat yang selalu abang bawak sayang tu..”
Okey la sayang, abang nak balik hotel nak rehat jap. Nanti abang call or SMS sayang lagi ye..”
Okey abang. Abang jaga diri baik-baik tau. Sentiasa ingat sayang..love you so much.” Rina tersenym lebar. Terlalu sukar untuk Rina menjauhkan dirinya daripada Maz walaupun sesaat. Apatah lagi terpaksa berjauhan sebegini, tidak tahu bila akan berjumpa kembali. Menahan rindu dan sentiasa mengingati wajah Maz. Rina merenung jauh. Mampukah dia mengharungi lautan dugaan ini dan adakah dia tabah?
“Haii kak, dapat je call dari Maz, terus bermimpi ke?” Suara Erin mengejutkan Rina.
“Hah, apa dia Erin… Erin panggil akak tadi ke.?” Tanya Rina setelah sedar dari khayalannya.
“Takde la.. Erin tengok akak jauh je termenung. Teringat kat sapa?” Tanya Erin lagi.
“Kat sapa lagi Erin..kat Maz la. Dia baru je sampai Jakarta.. Tapi akak dah rasa rindu kat dia.”
“Biasa la tu kak.. Lama-lama okey la tu. Berapa lama dia kat sana kak.?”
“Entah la. Dia sendiri pun tak tahu bila dia balik. Harap-harap tak lama la Erin… Eh, jom la balik,,dah lewat dah ni..”



12




“Erin, Fida tidur kat bilik akak ye. Temankan akak malam ni..” Ajak Rina. Rakanya hanya menurut perintah. Rina menyebut nama Maz sambil membiarkan matanya menerawang di siling bilik tidur. Jam menunjukkan detik tepat pukul 1.00 pagi. Putaran kipas yang sederhana membuatkan suasana di bilik terasa nyaman. Rina masih lagi berkhayal. Rakannya pula sedang lena diulik mimpi. Memikirkan masa hadapan, sesekali Rina berfikir ingin sahaja dia berkahwin dengan Maz sekarang juga. Tidak kuat untuk dia menahan kerinduan yang terlampau itu. Lagipun Maz mesti setuju. Tetapi bila Rina teringat kata-kata ayahnya, membuatkan hatinya sebak. Telefon bimbit di sebelahnya berbunyi. Dalam kegelapan, lampu skrin telefon bimbit menyala. Rina pantas melihat tulisan yang terkandung di telefonnya.

Salam syg… Syg dah tido ke?

Mesej yang diterima daripada Maz. Rina menahan perasaan. Dia begitu gembira sekali dapat pesanan ringkas dari Maz. Dia terus membiarkan jarinya bergerak menekan butang telefon bimbitnya.

Belum abg.. Syg tak dapat nak tido..

Lantas Rina menekan butang send. Rindu dan sayang terhadap Maz membuatkan Rina jadi tidak keruan.

Mesej dari Maz lagi.
Apsal syg tak dapat tido..? teringatkan abg ye…hehehehhehe

Rina tersenyum sedikit. Cepat-cepat dia membalas.
Setiap saat syg ingatkan abg.. Abg bila balik.?

Maz kembali membalas selepas itu.
Abg baru je sampai ni syg.. Abg cuba balik secepat mungkin ye..

Jangan lama2 tau abg… Syg n cintakan abg selamanya…
Rina segera menghantar mesejnya itu.

Maz pula membalas.
InsyaAllah syg.. Abg pun syg n cintakan syg.. Jom tido syg.. Esok abg nak kena bangun awal.. Gudnite syg.. Always love u forever…

Rina menghantar mesej terakhirnya.
Ok abg…love u 2..Mmmmuuuaaahhh

Rina tersenyum sambil meletakkan kembali telefon bimbit di sebelah bantalnya.
“Sapa mesej akak tadi?” Erin mengejutkan Rina. Rupa-rupanya Erin belum lagi berlayar.
“Sapa lagi Erin.. Lelaki yang akak cintai la.. Ujar Rina sedikit senyum. “Erin belum tidur lagi ke.?”
“Belum la kak. Mata ni macam taknak tutup je.. Akak tengoklah Fida tu, senang-senang je dia tidur. Entah-entah dah sampai China dia mimpi tu..” Seraya itu Rina dan Erin ketawa dengan gurauan Erin sebentar tadi. Cinta tidak mengenal jarak, usia mahupun masa. Semuanya terletak pada hati dan kesungguhan untuk memupuk serta menjaga kebahagiaan yang dibina.
“Akak memang sangat-sangat cintakan Maz kan.?” Ulas Erin setelah melihat senyuman yang terukir di bibir Rina.
“Mestilah Erin.. Akak sanggup serahkan seluruh jiwa dan raga akak pada dia. Hanya dia jantung hati akak..” Akui Rina seraya tersenyum manis. Langsung dia tidak menafikan bahawa hatinya kini sudah menjadi milik Maz. Dia yakin, tiada lelaki lain yang setanding dengan Maz.
“Erin seronok tengok akak bahagia macam ni.. Jealous pulak Erin..”
“Erin tu, kenapa tak cari lagi.. Erin kan cantik, mesti ramai lelaki yang nakkan Erin..”
“Kalau sekadar cantik, diaorang suka kat Erin, baik tak payah je kak. Erin nak lelaki yang ikhlas mencintai Erin, baik, prihatin…yang paling penting dia mesti pandai buat Erin ketawa tatkala Erin sedih sekali pun.”
“Amboi memilihnya. Akak doakan Erin akan jumpa lelaki yang Erin maksudkan tu..”
“Dah jumpa pun kak…tapi dah jadi milik orang..huhuhu..”
“Sapa Erin.??”
“Orang tu adalah Maz. Buah hati akak..” Erin ketawa berdekah-dekah. Tetapi kelihatan Rina hanya bersahaja.
“Erin betul-betul sukakan Maz ke.? Jawab jujur dengan akak..” Rina kembali tegas. Timbul sedikit perasaan cemburu dihatinya.
“Akak jangan salah faham. Erin suka akan sikap Maz tu. Cara dia layan akak…romantik sangat. Erin berharap sangat dapat lelaki sebaik dia kak..” Jelas Erin. Dia sedikit takut akan Rina memarahinya.
“Akak tak salahkan Erin. Memang cara penampilan Maz boleh buat orang jatuh hati walau sekali pandang pun. Akak pun macam tu juga masa mula-mula akak kenal dia. Cara dia bercakap, langsung tak pernah buat akak sedih.. yang paling buat akak jatuh hati dengan dia sebab sikap prihatin dia. Dia sanggup bersusah payah walaupun dia tahu benda tu mustahil untuk dia lakukan. Macam hari tu, akak teringin nak makan gulai asam pedas, satu KL dia pusing semata-mata nak cari gulai tu tau..” Jelas Rina menceritakan serba sedikit tentang diri Maz.
“Habis tu, dapat tak gulai tu kak.?” Tanya Erin.
“Dapat. Tapi dia tak beli pun.. sebab takut akak rasa sedih, dia masak sendiri gulai asam pedas tu..”
“Yeke, so sweet.. Bestnya akak. Tapi macam mana akak tau yang dia masak.?”
“Dia letak gulai tu dalam bekas tupperware. Mana ada orang beli tapau letak dalam bekas kan..paling-paling pun simpan dalam plastik je kan...” Jelas Rina lagi. Mereka ketawa kecil setelah mendengar cerita Rina. Rina menekan ‘gallery’ pada menu telefon bimbitnya. Sedetik kemudian dia menayangkan skrin di hadapan rakannya. Mereka bersama-sama melihat gambar yang terpapar di telefon bimbit Rina.
“Muka akak dengan dia lebih kurang sama. Orang tua cakap, kalau muka hampir sama, itu maknanya memang ada jodoh..” Ujar Erin sambil melihat foto Rina dengan Maz.
‘Yeke, Erin ni ada-ada je la..” Rina tergelak. Seakan-akan tidak percaya omongan rakannya itu. Cahaya lampu di dalam bilik kelihatan suram. Rina belum lagi rasa mengantok. Fikirannya masih lagi melayang memikirkan lelaki yang dicintainya itu.
“Erin..Erin dah tidur ke.?” Tanya Rina.
“Baru nak tidur kak.. Kenapa kak?” Jawab Erin.
“Takde apa. Jom la tidur. Esok nak kena bangun awal lagi..” Rina menamatkan perbualan mereka. Tidak sampai 10 minit, mereka pun terlena. Sedetik kemudian, telefon bimbit Rina berbunyi lagi. Rina meraba-raba mencari telefon bimbitnya itu. Dia terus menekan butang hijau tanpa melihat skrin telefon.
“Helo, sapa ni.?” Tanya Rina.
“Haii, dah lupa kat abang dah ke.?” Tegas Maz.
“Eh abang..” Terus Rina terkebil-kebil melihat nombor yang tertera di skrin telefon. :Sayang tidur tadi bang..sayang terus jawab, tak tengok skrin telefon pun tadi.. Sorry ye abang..” Jawab Rina lagi.
“Owh.. Abang rindukan sayang. Abang tak dapat tidur la. Asyik teringat kat sayang je.” Ucapan rindu memang lumrah pasangan yang sedang dilamun cinta.
“Sayang pun rindukan abang. Rindu sangat-sangat..”
“Takpe la..sayang tidur je la ye. Sorry ganggu sayang..”
It’s okey abang. Sorry ye bang..sayang mengantok sangat ni. Esok kita sambung lagi ye..”
Okey la sayang. Forever loving you…Assalamualaikum sayang..”
Love you too dear…Waalaikumussalam abang..” Rina mematikan panggilan untuk kembali beradu.


13



Selesai kuliah pada tengah hari itu, Rina mengajak Erin dan Fida ke Sogo untuk membeli-belah. Di situ terdapat banyak butik pakaian pengantin. Rina mengerling ke salah sebuah butik pakaian pengantin itu. Dia hanya tersenyum manis memandang butik tersebut.
“Erin, Fida..jom singgah kejap kat butik tu. Suka pulak akak tengok baju tu..” Rina menunjuk butik yang dimaksudnya itu.
“Haii kak, dah tak sabar nak jadi ‘puan’ ke..?” Usik Erin. Rina terdiam sejenak. Hanya memerhatikan baju-baju pengantin yang sedang dibelek-belek oleh Erin dan Fida. Baju ungu samar itu cukup cantik sekali. Tidak banyak manik-manik yang mengelap-ngelip jika dipakai nanti. Rina terpikat melihat baju pengantin berwarna cream yang bergantung disitu. Kainnya begitu halus dan lembut. Rina tersenyum. Mengimpikan bila dia berkahwin nanti, dia teringin memakai baju tersebut. Buat seketika, mereka lupa akan tujuan asal berada di pusat beli-belah itu. Dilihatnya pula sut untuk pakaian lelaki. Rina kerkhayal, alangkah segaknya jika Maz memperagakan sut itu. Hatinya berbunga-bunga. Seraya itu, Maz menghantar mesej.

Sibuk tengok baju pengantin nampak….

Rina tergamam. Bagaimana Maz tahu yang dia sedang sibuk membelek-belek pakaian pengantin.

Macam mana abg tau…?

Rina menoleh ke kanan ke kiri. Mencari-cari kelibat Maz jika kelihatan.

Abg kan pelindung syg… Mestilah abg tau syg tengah buat apa….
Maz menghantar mesej lagi.

Rina masih lagi tidak puas hati. Dia melangkah keluar dari butik itu. Mengharap Maz berada di dalam bangunan.  Seraya itu telefon bimbit Rina berbunyi.
“Helo my sweetheart…” Maz bermanja.
“Abang..!! Abang kat mana ni..? Tanya Rina.
“Abang kan dekat dengan sayang..”
“Abanggg, betul-betul la… sayang serius ni..”
“Betul la…kan abang dekat dihati sayang..” Maz ketawa kecil..
“Abang ni, suka buat sayang tercari-cari… benci abang..” Rina sedikit kecewa.
“Alalalaa sayang abang ni… benci ke rindu ni.?” Maz sengaja mengusik Rina lagi.
“Rindu la..  baru je nak happy jumpa abang, tapi abang main-main pulak..”
Sorry sayang..abang saja je tadi.. Tu la, lain kali kalau nak keluar bagitau abang dulu.. jangan ingat abang tak tahu sayang kat mana.. Ni mesti keluar dengan Erin dan Fida kan..”
“A’ah.. Sorry abang. Saja keluar jalan-jalan. Duduk kat rumah takde buat apa pun”
Okey…takpe…tapi lain kali kalau pergi mana-mana, bagitau abang dulu tau. Taklah abang risau…dah, sayang sambung je tengok baju tu..pilih cantik-cantik tau…love you so much sayang…”
“Baiklah abang…thanks abang..love you too
 Rina tertanya-tanya, betul ke Maz tiada disitu.? Macam mana dia tahu yang Rina sedang rancak melihat baju pengantin. Takkan Maz pasang spy kot. Nalurinya kuat mengatakan Maz ada disitu, tetapi dimana?
“Akak cari sapa tu.?” Tanya Fida. Mereka bingung melihat Rina terkial-kial mencari sesuatu.
“Takde.. Tadi Maz call akak.” Jawab Rina.
“Dah tu, yang akak termengah-mengah macam cari sesuatu kenapa.?” Tanya Erin pula.
“Takde la. Yang akak hairan, macam mana dia tahu yang kita sekarang ni kat butik. Siap tahu lagi akak tengah tengok baju warna apa.. tu yang akak rasa pelik..” Rina kebingungan.
“Yeke kak.. Entah-entah dia ada mata-mata kat sini kot. Yela, dia kan orang yang berpengaruh.” Ujar Erin lagi.
“Entah la Erin. Akak tak rasa macam tu. Maz tak mungkin buat macam tu..” Jelas Rina. Tidak mungkin Maz tidak percaya pada dia. Mereka terus berlalu pergi dari butik itu. Kemudiannya mereka pergi ke salah sebuah supermarket yang ada disitu untuk membeli barang keperluan dapur. Setelah selesai membeli-belah, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka singgah ke gerai makan untuk tapau makanan kerana merasa penat untuk memasak. Kelihatan lebuhraya lengang. Tidak banyak kereta di atas jalan. Mereka tiba dirumah tepat pukul 8.30 malam. Selesai solat isya’, Rina berdiri di balkoni sambil termenung. Kelihatan jelas menara KLCC di hadapannya. Dia berharap cintanya teguh seperti menara KLCC yang bercantum tidak terpisah selamanya.
“Haii kak, termenung jauh nampak.. jom la makan..Erin dan Fida dah panaskan lauk ni..”Ajak Erin.
“Yelah. Akak datang ni..” Jawab Rina.
Tidak semena-mena , airmata Rina berlinangan. Mudah sahaja air matanya itu menitis. Jiwanya bergelodak hebat. Dia tidak mampu menahan perasaan itu. Kawannya bertambah bingung.
“Akak, kenapa ni..? takkan nak makan pun sedih..” Soal Erin keresahan. Dia bingung melihat Rina tidak henti-henti menangis.
“Akak bukan apa Erin..akak tak pernah rasa bahagia macam ni. Lebih-lebih lagi Maz yang sentiasa mengambil berat tentang akak. Tapi, bila dia jauh dari akak…akak betul-betul rasa kehilangan..” suara Rina tersekat-sekat. Dia sudah tiada kekuatan untuk meneruskan kata-kata lagi. Dihatinya mengharap agar Maz cepat pulang untuk sentiasa ada bersama dengannya.
“Akak tak boleh macam ni. Maz pergi sana atas urusan kerja kan.. Akak kena kuat. Sampai bila akak nak sedih macam ni..” Erin cuba memujuk Rina. Keadaan Rina bertambah parah. Semakin kuat dia menangis. Bertambah risau rakannya melihat keadaan Rina sebegitu. Telefon bimbit Rina berdering. Bingkas dia bangun membawa telefonnya menuju ke bilik tidur.
“Sayang abang kenapa ni.? Asyik-asyik nangis je.” Maz seakan-akan dapat menjangka kesedihan Rina.
“Sayang rindu kat abang.. Kenapa kita perlu berjauhan macam ni..” Airmata Rina semakin hebat menitis. Dia sudah hilang kawalan untuk menahannya.
“Sayang, abang pun taknak kita jauh-jauh macam ni. Abang kan kerja..Untuk sayang jugak.. InsyaAllah sayang, lepas ni abang takkan jauh lagi dengan sayang. Abang akan sentiasa ada disisi sayang.” Pujuk Maz…
“Abang janji ye..Kalau abang pergi jauh-jauh lagi, sayang nak ikut..” Pinta Rina.
“Ye sayang.. Abang janji..Dah-dah, kesat airmata tu. Kesian kat Erin dan Fida..diaorang tak makan lagi tu..” Ujar Maz perlahan.
“Macam mana abang tau yang kitaorang tengah makan? Dari petang tadi sayang rasa pelik..” Tanya Rina.
“Naluri abang kuat sayang. Hati abang seolah-olah dapat merasa apa yang sayang buat, dengan sapa sayang keluar.. seolah-olah sayang dekat dengan abang walaupun pada hakikatnya sayang jauh dari abang..” Jelas Maz lagi.
“Kan bagus kalau sayang dapat rasa macam abang rasa, takde la sayang rasa sakit macam ni.” Keluh Rina.
“Sayang bersabar ye. Bawa solat..Dekatkan diri dengan Allah. InsyaAllah sayang dapat harungi semua ini..”
“Baik abang.. sayang cuba..”
Okey la sayang. Sayang pergilah sambung makan..makan banyak-banyak tau. Always loving you.”
“Yela bang..thanks abang sebab sentiasa ada disaat sayang sedih…love you..bye abang..”




14



Hari-hari yang berlalu bagaikan satu kepayahan untuk Rina lalui. Berpisah dengan Maz seakan terus mendera perasaannya. Apatah lagi tidak ketahui akan bilanya Maz akan kembali ke pangkuannya. Sudah sebulan pemergian Maz. Gangguan perasaan yang dialami oleh Rina secara tidak disedari sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi terhadap pelajaran.
“Hhmm, pagi-pagi dah badmood. Ada masalah ke kak.?” Suara Fida tiba-tiba kedengaran. Mereka bertentang mata. Rina tenang. Dia hanya tersengih. Fida sedang mengemas rumah yang kelihatan berselerak sedikit.
“Takde apa la Fida..” Jelas Rina. Fida kembali menyambung mengemas rumah. Tak lama kemudian, Fida kembali bersuara. Akak dah breakfast?”
“Belum. Akak takde selera la..” Jawab Rina.
“Nanti kita sediakan breakfast sama-sama ye..” Ujar Fida lagi.
“Yelah.. Eh, Erin mana? Masih tidur lagi ke.?”
“A’ah kak…kak, Fida nak tanya something boleh tak..?”
“Apa dia? Tanyalah..”
“Akak dah kenal Maz tu kira dah lama kan. Macam mana watak dia.?”
“Apa yang akak dapat lihat, dia tu baik, caring dan bertanggungjawab..”
“Pernah tak kalau dia bagi something, pastu minta dibalas.?”
“Tak pernah Fida. Maz bukan orang macam tu. Apa yang dia beri kat akak selama ni, semuanya ikhlas. Sedikit pun dia tak harap dibalas…kenapa Fida tanya.?”
“Takde la kak. Fida ada minat kat sorang lelaki ni. Tapi Fida tak tahu sama ada dia ikhlas nak berkawan atau tak..”
“Owh, sapa nama lelaki tu.?” Soal Rina.
“Marul kak.. Satu kolej dengan kita.. Mesti akak kenal dia.”
“Mungkin akak kenal. Lama dah ke Fida kenal Marul tu.?” Tanya Rina lagi.
“Nak cakap lama tak la lama kak. Tapi dia satu kelas dengan Fida. Dia tu banyak tolong Fida siapkan assignment. Kadang-kadang dia tempat Fida luahkan perasaan. Dia selalu ambil berat tentang Fida..” Jelasnya lagi.
“Baguslah kalau Fida dah jumpa lelaki pilihan Fida. Tapi ingat, kena teliti dulu sikap dia dari atas sampai bawah. Apa-apa pun akak doakan yang terbaik untuk Fida..” Ujar Rina lagi.
“Kak, esok malam dia ajak Fida keluar. Akak dan Erin ikut sekali ye..Fida takut la. Boleh ye kak..?” Pinta Fida.
“Boleh la kot. Lagipun esok cuti kan..duduk kat rumah bosan pulak. Erin dah tau ke?” Tanya Rina sambil menyapu mentega pada roti. Sejurus itu, Erin keluar dari bilik. Melihat sahabat karibnya sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. “Kenapa tak kejutkan Erin tadi.? Boleh Erin tolong sekali..” Ujar Erin sambil mencuci mukanya.
“Erin kan tengah sedap tidur..akak taknak la ganggu..” balas Rina.
“Dah alang-alang Erin nak tolong kan, ni tolong buatkan air milo ni..” Usik Fida.
“Yelah, akak minum nescafe kan…Erin buatkan sekali.” Ujar Erin.
Rina sekadar mengangguk. Dalam hatinya, alangkah indah jika Maz ada disisi sekarang ini. Hanya suara menjadi pengubat rindu.
“Erin, esok malam ikut Fida dan kak Rina ye. Kita keluar jalan-jalan..” Jerit Fida perlahan.
“Pergi mana.?” Soal Erin.
“Temankan Fida keluar dating. Maklum la orang tengah angau..” Rina gelak kecil. Erin tersenyum. Mereka pun menjamah sarapan yang terhidang di atas meja. Selepas sarapan, mereka terus sambung semula mengemas rumah. Memandangkan hari itu mereka tiada kuliah, mereka menghabiskan masa seharian dirumah.



15




Petang itu Rina ternanti-nanti  panggilan telefon dari Maz. Maz berjanji akan menghubunginya pada pukul 4.00 petang. Tetapi jam sudah beralih ke jarum 5.30 petang. Rina cuba mendail nombornya tetapi gagal. Berulang kali masuk ke voicemail. Rina menjadi keresahan menunggu di rumah. Bunyi ketukan pintu mengejutkan Rina. Dia segera melangkah ke pintu. Barangkali Erin dan Fida sudah balik dari kedai. Alangkah terkejutnya apabila dia membuka pintu, lelaki yang dicintainya itu sedang berdiri dihadapannya. Lantas Rina memeluk Maz dengan penuh erat. Seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya itu. Maz menyambut pelukan Rina dengan penuh kasih. Rina menangis bahagia.
“Abang jahat. Kenapa balik tak bagitau sayang.?” Tersekat-sekat suara Rina. Dia bahagia sekali.
“Kalau abang bagitau, tak surprise la sayang. Mesti sayang tak peluk abang macam ni kan” Maz senyum nakal.
“Abang, sayang lapar la. Dari tengah hari tadi sayang tak makan pun lagi.” Rina merengek.
“Alalaa…siannyer..kita pergi makan ye. Oh ya, mana Erin dan Fida? Tak nampak diaorang pun..” Tanya Maz sambil memaut Rina ke arah tubuhnya.
“Diaorang ke kedai tadi bang. Kejap lagi balik la tu..” Jelas Rina.
“Owh, takpe la. Sayang pergi la bersiap dulu. Kunci kereta bagi kat abang..abang tunggu dalam kereta. Cepat sikit tau..” Ujar Maz. Rina mengangguk. Maz segera menuju ke keretanya setelah Rina menyerahkan kunci kereta. Selang beberapa minit kemudian, Fida dan Erin pun tiba dirumah. Mereka merasa pelik dan hairan melihat Rina macam lipas kudung menyiapkan diri.
“Eh kak.. Akak nak pergi mana cantik-cantik ni?” soal Erin.
“Akak nak keluar dengan Maz.” Jawab Rina.
“Maz dah balik ke kak? Bila dia sampai?” tanya Erin lagi.
“Nantilah kita borak lagi. Akak keluar dulu ye..” Rina terus melangkah ke kereta.
“Amboi, cantiknya isteri abang ni..” Usik Maz.
‘Nak keluar dengan kekasih tercinta, mestilah kena cantik..” Giliran Rina pula mengusik Maz. Mereka bergerak menuju ke restoran terletak di Bandar Baru Selayang. Kelihatan suasana di dalam kereta sunyi sepi. Mungkin sahaja Maz dan Rina masih lagi terkejut dan mungkin juga terlalu gembira hingga tidak dapat berkata apa-apa. Maz memaut tubuh Rina dekat padanya. Rina seperti mengizinkan perbuatan Maz. Sebaik sahaja memberhentikan kereta disitu, Maz lantas memimpin tangan Rina.
“Janganlah jalan laju sangat sayang.. Abang tahu la sayang lapar. Kalau ya pun perlahan la sikit..” Usik Maz. Dia memaut erat bahu Rina. Mereka berpandangan seketika. Mereka segera berjalan ke arah meja yang masih banyak lagi kosong. Seperti biasa, Maz membiarkan Rina memesan makanan. Sementara menunggu hidangan, mereka berbual-bual.
“Abang pukul berapa sampai tadi? Kenapa tak bagitau sayang..boleh sayang ambik abang kat airport.”
“Abang sampai pukul 4.00 petang tadi. Saja nak surprise sayang. Abang nak tengok raut wajah sayang bila abang tiba-tiba muncul depan sayang.” Balas Maz. Keadaan begitu emosional antara mereka berdua. Maz menatap tajam wajah Rina.
“Sayang happy tak.” Soal Maz tersenyum. Hati siapa tak gembira bila orang yang dicintai ada di depan mata.
Of couse la sayang happy. Lama tau sayang tunggu abang.” Rina tersenyum sedikit sebelum menyandarkan diri di kerusi. “Abanggg… Abang betul-betul serius ke dengan hubungan kita ni.?” Soal Rina. Wajah Maz berubah serius. “Kalau sayang fikir abang cuba mempermainkan sayang, itu salah. Abang amat mencintai sayang. Hati abang dah tertutup untuk sayang sorang je..” Jelas Maz.
“Tapi kenapa sayang.? Abang boleh dapat perempuan yang jauh lebih cantik dari sayang. Dengan kesenangan yang abang ada, pasti ramai yang tergila-gilakan abang..” Tegas Rina.
“Soal hati ni kita tak boleh nak jangka sayang. Kita hanya menurut kata hati..” Jelas Maz lagi.
“Tapi kenapa sayang?” ulang Rina lagi. Dia menjadi sangsi. Tapi dia juga rasa bahagia. Kebahagiaan yang tidak pernah dia alami sebelum ini.
“Cantik tak akan kekal selama-lamanya sayang. Yang penting kejujuran hati. Dari hari pertama abang melihat sayang, hati abang dah tahu yang sayang lah permaisuri abang. Bukan paras rupa jadi ukuran, yang penting hati yang ikhlas mencintai seseorang. Dan abang ikhlas mencintai sayang dan abang terima seadanya kekurangan sayang.” Ucap Maz bersungguh-sungguh. Rina diam sahaja. Namun mempamerkan senyuman setelah mendengar penjelasan dari Maz tadi.
“Kenapa sayang senyum macam tu.?” Tanya Maz.
“Sayang terharu bila abang cakap macam tu. Masa abang kat Jakarta, setiap malam sayang berfikir, adakah abang ikhlas mencintai sayang.. Ternyata abang tak pernah lupa akan janji abang..” Luah Rina.
Mereka berbual lagi sambil menjamu selera yang terhidang di atas meja mereka. Kali ini topik perbualan mereka berkisar pada kegemaran, keluarga dan akhirnya perbualan itu meleret sekali lagi tentang mereka berdua.
“Sayang, kenapa sayang menerima abang sebagai teman hidup sayang..?” Maz menyeduk sedikit tomyam ke dalam mangkuknya.
“Bila pertama kali sayang lihat abang, abang seorang yang bercita-cita tinggi. Bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu meskipun ia mustahil untuk dikecapi. Yang paling penting, abang seorang yang baik, tersangat la baik, penyayang dan bertanggungjawab..” Ujar Rina. Maz hanya diam. Rina pun turut sama diam. Sesekali Maz memandang wajah Rina. Dia menggenggam tangan Rina.
“Sayang, abang ada satu permintaan..Dan abang harap sayang penuhi permintaan abang ni.” Ujar Maz dengan nada yang lemah.
“InsyaAllah bang..Apa dia.?’ Tanya Rina perlahan.
“Abang nak sayang jadi isteri abang yang sah. Dan izinkan abang menjadi pelindung sayang. Susah senang kita harungi bersama..”Maz mengeluarkan sebentuk cincin emas dihulurnya hadapan Rina. Rina tersentak. Seolah-olah mimpi jadi kenyataan. Dia mengangguk sambil tersenyum. Rina menghulurkan jari-jemarinya tanpa dipaksa. Lalu Maz menyarung cincin itu di jari Rina.
Mereka kembali semula ke dalam kereta selepas menikmati hidangan malam.
“Abang, esok malam ikut kita orang ye.?”
“Pergi mana sayang?”
“Fida nak keluar dengan boyfriend dia.. Dia segan, so dia ajak sayang dengan Erin temankan dia..’
“Laa, yeke…Okey la. Jumpa kat mana?”
‘Entah, lupa pulak sayang nak tanya tadi..Takpe la, nanti sayang double confirm dengan Fida lagi..”
Maz meramas-ramas jari Rina. Degub jantung Rina terasa kencang. Beginikah rasa si gadis bila dilamar oleh lelaki yang ingin menjadi kekasihnya yang setia. Oh indahnya. Dan bibit-bibit cinta Rina juga semakin mekar untuk Maz.
“Sayang jangan pernah tinggalkan abang ye..” Ujar Maz perlahan. Rina mengangguk.
“Sayang janji abang. Selagi sayang masih bernafas, hanya abang dihati sayang..” Balas Rina dengan penuh rasa sayang.
“Abang nak jadi lelaki yang paling penting dalam hidup sayang. Lelaki yang akan menjadi nyawa sayang selama sayang hidup di muka bumi Allah ini.” Ujar Maz lagi.
Fikiran Rina semakin jauh melayang. Kebahagiaan yang dirasa begitu indah sekali.

Jam menunjukkan hampir pukul 2.00 pagi. Sudah dua jam Maz menghantarnya pulang. Namun seakan baru rasanya Maz pergi meninggalkannya. Perhubungan Rina dengan Maz berjalan lancar. Mereka meniti hari bersama dan membina hubungan yang lebih kukuh setiap hari. Anggap sahaja tugasan membina sebuah rumah tangga bahagia sudah bermula. Melihat jarak tempat tinggal mereka semakin dekat, tiada halangan yang dapat pisahkan mereka.




16




“Assalamualaikum…Selamat pagi sayang.” Tiba-tiba suara Maz kedengaran di pagi hari melalui telefon. Rina yang sedang menikmati sarapan pagi bersama rakannya sedikit terkejut..
 “Waalaikumussalam abang.” Kemudian cepat-cepat Rina mengunyah suapan yang terakhir.
“Hhmm..tengah breakfast ke sayang.?” Tanya Maz.
“Ye abang. Abang dah sarapan.?”
“Belum lagi sayang..takpe la.. Sayang dah makan untuk abang kan..” Rina tergelak kecil.
“Nanti sayang temankan abang pergi beli barang nanti ye..” Ujar Maz.
“Beli barang apa bang.?” Soal Rina.
“Beli seluar, t-shirt, kasut, jeans..”
“Pukul berapa.?” Tanya Rina lagi.
“Petang sikit la kot…Tak pun, kan malam ni kita nak keluar jumpa boyfriend Fida, kita keluar dulu. Nanti kita just jumpa dia orang kat sana je..” Ujar Maz lagi.
“Boleh jugak macam tu bang..”
“Kalau macam tu, kita keluar jam  4.00 petang. Bawa la Erin sekali…biar dia tumpang kita. Bagi peluang kat Fida. Biar dia berdua-duaan dengan boyfriend dia..”
“Habis tu, sayang pun nak berdua-duaan dengan abang..” Rina merengek.
“Alaaa sayang..kali ni je. Takpe la..Lagipun Erin kan dah biasa dengan kita…biarlah…” Pujuk Maz.
“Entah-entah abang ada hati kat Erin kan..” Rina menduga Maz.
“Kalau sayang izinkan, abang terima je..” Maz ketawa.
“Abang!!!” Tegas Rina. Dia tidak senang dengan gurauan Maz itu.
“Abang main-main jela sayang. Pandai pulak sayang cemburu ye.” Usik Maz lagi bersama hilaian tawanya.
“Mestilah cemburu..” Jawab Rina seperti merajuk. Maz semakin kuat ketawa.
“Cemburu tandanya sayang. Sayang juga sayang kat abang ye..”
“Mestilah sayang. Abang ingat selama ni sayang main-main ke..” Tegas Rina lagi.
“Sayang, sayang sorang je jantung hati abang.”
“Lagi.” Tanya Rina. Suasana kembali tenang.
“Abang nak setiap saat sentiasa bersama dengan sayang..”
Perasaan Rina berdebar. Dia bagaikan ‘mabuk’ dengan luahan Maz. Begitu mengasyikkan. Rina tersenyum. Telatah Maz cukup menghiburkan.
“Abang pandai je buat sayang happy kan. Rasa nak marah terus hilang..”
“Mestilah, itu kan kelebihan abang. Kalau abang tak pandai buat sayang happy, setiap hari sayang asyik nangis je kan. Susah hati la abang..” Maz ketawa lagi. Rina tidak dapat menahan senyumannya dari terus melebar. Menambahkan lagi rasa sayang pada Maz.
Okey la sayang, abang nak pergi cuci kereta dulu. Petang nanti abang ambik sayang dengan kekasih abang lagi satu tu, Erin..” Maz terus ketawa.
“Abang!!!” Rina menjerit marah.
“Yelah..yelah..abang gurau je..ingat tau petang ni..bye sayang..”
Okey bang..bye.” Terus sahaja Rina memutuskan talian. Dia masih lagi tersenyum. Bertambah mekar cinta dalam hatinya.
“Haii, seronok nampak kak…” Ujar Erin.
“Mana taknya, pujaan hati dah balik. Lepas ni takde la kesunyian lagi kan..” Sambung Fida pula.
“Dah!..Dah… korang ni, kalau bab nak kenakan akak, cepat je korang ye..” Tegas Rina. Suasana dipagi hari itu penuh dengan gelak tawa.
“akak cakap nak buat laksa Sarawak kan. Bahan-bahan dah beli ke..?” Tanya Erin.
“Belum lagi la..Takpe..nanti akak suruh Maz belikan bahan-bahan tu..” Ujar Rina selamba. Mereka kembali mengemas rumah setelah selesai sarapan pagi. 15 minit kemudian, kedengaran telefon bimbit Maz berbunyi.
“Helo sayang. Ada apa?”
“Abang.. Abang buat apa? Busy ke?” soal Rina.
“Abang kat car wash ni..tengah cuci kereta. Kenapa sayang? Dah rindukan abang ke?” Maz tergelak kecil.
“Rindu la juga. Ni, sayang nak minta tolong. Tolong belikan beehoon dua bungkus, dada ayam seketul dan daun sup..”
“Okey.. Sayang nak masak apa ni.”
“Sayang nak buat Laksa Sarawak.. Tolong belikan ye..”
“Yelah, lepas cuci kereta ni abang pergi beli bahan-bahan tu.. Itu aje ke? Takde benda lain lagi nak abang beli.?”
“Buat masa ni itu jela abang.. Nanti kalau ada lagi, sayang SMS abang.”
Okey sayang..bye..” Maz menyalakan sebatang rokok dibibirnya. Menunggu kereta siap dicuci. Dia tengah berfikir, lagi dua bulan dia kena pergi outstation. Melihat tapak projek yang sedang dibangun di Johor. Sekali lagi dia terpaksa meninggalkan Rina Cuma kali ini hanya untuk seketika. Hanya untuk tiga hari. Tetapi dia ingin setiap masa bersama Rina.




17




Tepat jam 4.00 petang, Rina dan Erin sudah bersiap menunggu kedatangan Maz. Sebaik sahaja mereka keluar melangkah ke pintu rumah, Maz sudah menanti di luar pagar. Rina mengambil tempat di sebelah Maz. Maz menatap wajah Rina dengan penuh senyuman.
“Haii cik abang..Kata nak pergi beli barang. Kenapa kereta tak jalan-jalan lagi.?”
Maz tersenyum meleret. Senyumannya itu membuatkan hati Rina berbunga-bunga.
“Abang, kalau asyik senyum je macam tu, bila la kita nak sampai..kang satu benda pun tak beli nanti.” Ujar Rina lagi. Maz melepaskan brek tangan keretanya. “Marah ke sayang.. At least dengan senyuman abang ni, abang boleh beli hati sayang.” Kata Maz yang penuh dengan maksud tersirat.
“Abang ni pun, cover line la sikit. Kan Erin ada kat belakang tu. Nak bermanja pun tengok tempat la abang.” Rina mrengek.
“Alaa sayang, apa nak dimalukan. Bukannya kita buat benda tak elok. Erin je pun. Biar dia tahu betapa pentingnya sayang dalam hidup abang..” Ujar Maz dengan penuh romantis. Kereta yang dipandunya menyusuri jalan raya dengan begitu tenang sekali.
“Apa mimpi abang nak pergi shopping ni? Selalunya abang ni paling liat kalau sayang ajak keluar shopping..” Rina mencari kepastian.
“Owh, nanti abang nak kena pergi Johor pulak. Tapi lama lagi la…sebab tu nak kena beli baju tu semua. Lagipun abang lama dah tak beli untuk diri abang sendiri.’
Raut wajah Rina terus berubah bila mendengar kata-kata Maz tadi.
“Abang pergi makan angin ke.?” Soal Rina.
“Abang kerja la. Kan abang ada projek kat sana..”
“Berapa hari.?”
“Tak lama kot. Dalam dua tiga hari macam tu la sayang. Lagipun abang kena pastikan perjalanan projek tu mengikut jadual, supaya dapat disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan..”
“Bila abang nak pergi.?” Bersahaja Rina bertanyakan soalan.
“Lama lagi la sayang..dua bulan lagi. Sayang kenapa ni.?”
“Takde apa la..”
“Sayang nak ikut abang tak.? Lagipun abang pergi maybe hari jumaat. Kita balik hari ahad la..nak tak.?”
Rina mula tersenyum. Tetapi dia masih berdiam. Belum memberi kata putus sama ada dia ingin pergi atau tidak.
“Kalau sayang taknak pergi takpe la.. Tapi abang janji, sampai sana je, abang call sayang ye..” Janji Maz. Rina hanya mengangguk. Baru sebentar tadi dia merasakan kebahagiaan, tetapi kini hatinya sedikit sedih.
“Sayang marah kat abang ke..?” Maz cuba memastikan penyebab kenapa Rina diam sahaja.
“Takde apa la abang.. Sayang okey je ni..” Ujar Rina perlahan.
“Kalau sayang macam ni, macam mana abang nak bawa sayang pergi bercuti nanti. Abang ingat baru nak bawa sayang, Erin, Fida dengan boyfriend dia, kita pergi bercuti kat Langkawi minggu depan..” Kata Maz sambil tersengih. Rina seakan-akan tidak percaya omongan Maz sebentar tadi.
“Abang biar betul?” Soal Rina penuh terkejut. Dalam masa yang sama, dia sangat teruja dengan perlawaan Maz tadi.
“Haaa, kan dah senyum. Macam ni la isteri abang.. Baru best nak keluar jalan.jalan..” Maz tersenyum. Dia sentiasa mempunyai akal untuk menggembirakan hati kekasihnya.
“Abang ni memang pandai kan pujuk sayang. Tapi betul ke apa abang cakap tadi tu.?” Tanya Rina gembira.
“Betul la, abang dah tempah resort kat sana. Dua bilik cukup la kan. Fida dengan boyfriend dia satu bilik. Abang, sayang dengan Erin satu bilik. Macam mana, okey kan..” Maz tergelak kecil sambil mengerling ke arah Rina.
“Abang ni memang nak kena ni..” Rina terus mencubit paha Maz. Maz menjerit, dalam masa yang sama dia ketawa terbahak-bahak. Maz membelok ke kiri. Berhenti seketika di lampu isyarat. Kemudian menyambung perjalanan mereka. Tetapi kali ini perjalanan agak perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas di tengah pusat bandar.

Sebaik sahaja tiba di kompleks membeli-belah di KLCC, mereka terus menyusuri dari beberapa buah kedai pakaian. Maz meminta bantuan Rina memilih pakaian untuk dibawa ke Johor nanti. Kemudian mereka memasuki di satu kedai pakaian lelaki lagi. Selepas itu, mereka ke kedai pakaian wanita.
“Sayang pilih la baju yang mana sayang suka.’ Ujar Maz.
“Tak payah la bang. Kan kita pergi sini nak beli barang abang je..” Jawab Rina.
“Takpe la..Dah alang-alang dah masuk kedai ni. Sayang pilih je yang mana sayang suka..”
Rina mengangguk. Sukar untuk dia menolak kerana Maz seolah-olah mendesak dia memilih baju di kedai itu. Setelah selesai membeli-belah, mereka beredar dari situ. Di dalam kereta, Maz menghulurkan sebuah beg kertas kecil kepada Rina. “Bukalah sayang..” Kata Maz. Dengan perasaan hairan Rina membuka bungkusan itu. Sebuah telefon bimbit jenama Blackberry Curve model 9360. Separuh terkejut Rina memandang Maz. “Untuk sayang?” Maz mengangguk. “Untuk sayang la.. kenapa, tak suka ke? Kalau tak suka, bagi kat Erin..” Maz ketawa. Dia kelihatan seronok menyakat Rina.
“Bila masa abang pergi beli? Sayang tak perasan pun.” Soal Rina mencari kepastian.
“Itulah, sayang perasan sayang cute je..hehehehe..Takde la..Time sayang pergi toilet tadi, abang cepat-cepat ke kedai handphone tadi.. Suka tak?” Maz memandang tenang wajah Rina. Rina tidak mampu berkata apa-apa. Dia terus mengambil tempat duduk di kereta tanpa berlengah-lengah lagi. Rina ingin sahaja merebahkan diri ke pangkauan Maz. Namun niatnya terbantut kerana memikirkan Erin yang duduk di tempat belakang kereta.
“Sayang janji dengan Fida jumpa jam berapa.?” Tanya Maz.
“Pukul 8.00 malam abang..”
“Jom la gerak..kang lewat pulak sampai kat sana..” Ujar Maz lagi.
Mereka segera meneruskan perjalanan mereka. Menuju ke gerai makan yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa.



18




Ketika tiba disana, kelibat Fida masih belum kelihatan. Mungkin masih dalam perjalanan. Maz keluar dari kereta, berdiri terpaku di tepi tasik. Pandangannya kosong. Entah apa difikirkannya. Rina mengambil keputusan untuk terus menunggu di dalam kereta bersama Erin. Maz masih lagi tercegat disitu. Dinyala sebatang rokok dibibir. Terdengar keluhan bersama hembusan asap dimulutnya. Dia seakan tidak percaya kesenangan yang dirasai begitu mudah untuk dia kecapi. Adakah ini pemberian Allah atas segala dia usahakan atau dugaan yang perlu dia tempuhi untuk mengenal erti hidup berdikari. Sesekali dia memandang ke arah Rina lalu mengukir senyumannya. Dia amat mencintai gadis itu. Tetapi adakah pilihannya tepat? Bila memikirkan yang keluarga Rina sudah memutuskan jodoh untuk gadis yang dicintainya itu, fikirannya mula kacau. Bagaimana jika dia tidak dapat memiliki Rina. Adakah dia sudah bersedia untuk mengharungi hakikat itu. Jika benar apa yang diceritakan oleh Rina, adakah masih ada kesempatan untuk Maz memiliki Rina. Persoalan itu sering kali menghantui kotak fikiran dia. Rina melangkah mendekati Maz.
“Abangg…Abang termenungkan apa tu?” Soal Rina setelah lama dia memerhati gelagat Maz disitu.
“Eh sayang..Takde, abang tengah menghayati ketenangan tasik ni. Nyaman tanpa sebarang gangguan..” Tenang Maz membalas pertanyaan Rina. Sesungguhnya, ingin sahaja Maz meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya pada Rina tetapi itu mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Abang tengah fikirkan apa sebenarnya.?” Tanya Rina lagi. Maz hanya berdiam. Dia seperti tidak mendengar suara Rina.
“Fida tak sampai lagi ke.?” Dia segera membidas pertanyaan Rina. Cuba lari dari kemelut perasaannya itu.
“Dia cakap on the way. Kejap lagi sampai la tu..” Ujar Rina.
“Mana Erin? Tak nampak dia pun.”
“Tu dalam kereta.. Abang ni kenapa.? Macam susah hati je. Kalau ada masalah, bagitau la sayang. Janganlah sembunyi apa-apa dari sayang.” Pinta Rina dia seperti dapat menjangka keresahan yang dialami oleh lelaki di hadapannya itu. Maz cuba bersuara tetapi mulutnya terasa berat untuk berbicara seperti ditutup rapi.
“Abang, kenapa ni?” kedengaran perlahan suara Rina. Dipeluknya erat lengan Maz. Maz menarik nafas panjang. Dia tahu dia tidak harus kelihatan sedih bila bersama dengan Rina. Ini akan menambahkan kerisauan dihati gadis itu.
“Sayang, kalau sayang tinggalkan abang..abang tak tahu apa akan jadi pada abang nanti..” Keluh Maz.
“Abang cakap apa ni.. Mana mungkin sayang tinggalkan abang. Abang kan nyawa sayang. Kalau sayang tinggalkan abang, bererti sayang tiada nafas di dunia ni lagi..”
Sedikit sebanyak ucapan itu menggembirakan hati Maz. Dia juga tahu hanya maut yang bisa memisahkan mereka. Tetapi bagaimana jika ayah Rina mendesak untuk mengahwinkan dia dengan pilihan ayahnya. Adakah beranggapan maut yang memisahkan mereka? Maz bingung. Dia seperti tidak terdaya dengan dugaan itu.
“Abang, jangan fikir lagi ye. Sayang milik abang sorang je. Tiada yang lain dihati sayang..Hanya abang..” Pujuk Rina.
Alangkah indahnya jika itu jadi kenyataan. Bukan mainan di bibir sahaja. Ternyata Maz kalah dengan perasaannya itu. Dia tidak mampu menahan airmata jantan dari terus mengalir. Rina segera mendekati Maz.
“Abang, kenapa ni?” Lantas Rina mengusap airmata yang ada di pipi Maz.
“Janji dengan abang yang sayang takkan tinggalkan abang walau apa yang terjadi sekalipun.” Maz cuba tabah. Mereka bertentang mata. Digenggam kuat tangan Rina.
“Ye abang. Sayang janji sayang takkan tinggalkan abang buat selama-lamanya..”
Spontan Maz memeluk tubuh Rina dengan erat. Seakan-akan tidak mahu melepaskan pelukan itu. Rina hanya membiarkan perbuatan Maz. Dia tahu lelaki itu amat memerlukan dirinya disaat begini. Maz menatap wajah Rina. Gadis itu mengukir senyuman untuknya. Erin keluar dari kereta mendekati mereka. Maz cepat-cepat mengering airmatanya.
“Fida tak sampai lagi ke kak.?” Soal Erin.
“Kejap lagi kot. Tadi akak ada call dia.” Jawab Rina.
Maz bergerak menuju ke keretanya mematikan enjin kereta. Jam menunjukkan pukul 8.30 malam tetapi Fida masih belum tiba. Maz memutuskan untuk duduk di salah sebuah gerai makan yang ada disitu sementara menunggu kehadiran Fida.
“Sayang, jom kita duduk kat kedai makan tu. Abang dahaga la..” Maz menarik tangan Rina berjalan ke arah gerai makan tersebut. Erin menyusul mereka dari belakang. Belum sempat mereka duduk, Fida baru sahaja sampai.



19





Mereka berborak sambil menunggu hidangan yang dipesan sampai. Maz masih lagi di dunianya sendiri. Dia masih lagi dalam kemelut perasaannya. Wajah muramnya menjadi tanda tanya semua orang yang berada disana.
“Abang, kenapa ni.?” Sergah Rina.
“Aaahh..kenapa sayang.?” Maz seperti terkejut dengan pertanyaan Rina. Lalu dia cuba berlagak selamba.
“Owh, inilah boyfriend Fida ye. Sapa nama? Aku Marzuki..kau boleh panggil aku Maz.” Tanya Maz sambil menghulurkan tangan untuk salam. Lelaki itu menyambut sapaan Maz. “Nama saya Marul bang.” Jawab lelaki itu.
“Umur kau berapa.?” Soal Maz pula.
“20 tahun..” Jawabnya lagi.
“Laa, tak payah la panggil aku ‘abang’. Lain pulak rasanya. Lagipun umur kau dengan aku tak jauh beza. Yang boleh panggil aku ‘abang’ Cuma dia ni je..” Maz mengerling ke arah Rina sambil memegang bahunya.
“So, kau satu kolej la dengan dia orang ni..?”
Marul mengangguk. “Haa, yelah. Maz, kau study lagi ke atau dah kerja?” Giliran Marul pula bertanya.
“Owh, aku kerja sekarang. Nak sangat kerja, sampai belajar pun tak habis..” Maz gelak dengan gurauannya sendiri.
“Tapi at least kau dah berjaya sekarang ni kan..” Ujar Marul.
“Berjaya. Berjaya jugak..Tapi ilmu tu lagi penting. Korang jangan jadi macam aku, tak habis study. Dengar tak sayang.?” Bicara Maz sambil menyentuh hidung Rina. Rina hanya mengangguk. Hidangan yang dipesan sudah berada di atas meja mereka. Mereka berbual lagi sambil menjamu selera. Kali ini Maz memilih untuk berdiam diri menjamu selera. Membiarkan sahaja kekasihnya bersembang bersama rakannya. Maz berlalu setelah selesai makan malam. Kembali mendekati pinggir tasik tersebut. Menghayati cahaya lampu yang beraneka warna. Ungu biru dengan cahaya lampu berwarna-warni yang mengedip. Hangat dan nyaman pada detik yang sama. Maz memerhati sekeliling persekitaran tasik itu. Sekali lagi dia mengelamun. Pandangannya kosong. Hingga dia sendiri tidak tahu apa yang difikirkan waktu itu. Rina yang baru sedar Maz tiada disisinya terkial-kial mencari kelibat lelaki itu. Dilihatnya Maz yang sedang duduk di pinggir tasik sambil menghisap rokok, menjadi persoalan dihati kerana agak berlainan sikap lelaki itu hari ini. Rina berjalan menuju ke arah Maz. Dia duduk rapat disebelah Maz lalu menggenggam tangannya.
“Abang buat apa duduk kat sini.?” Tanya Rina.
“Kan abang tengah hisap rokok ni..kang asap kena muka sayang, berjerawat pulak muka sayang..” Maz cuba untuk bercanda. Namun sedikit pun Rina tidak terhibur dengan gurauan itu.
“Abang, cuba cerita kat sayang, apa penyebab abang jadi macam ni..” Soal Rina lagi. Dia runsing melihat sikap kekasihnya itu.
“Maz mengeluh.. “Sayang pun tahu kan punca abang jadi begini.” Maz cuba berteka-teki.
“Punca apa bang? Sayang langsung tak faham..” Rina langsung tidak mengerti apa yang Maz maksudkan itu. Maz menatap wajah Rina. “Andai abang tak hadir dalam hidup sayang, mesti sayang ikut kehendak ayah sayang kan..”
Dan Rina mulai faham apa yang mengganggu fikiran lelaki yang dicintainya itu.
“Abang, walau sayang tak kenal abang sekalipun, sayang tetap takkan setuju dengan keputusan ayah. Sayang tak pernah kenal pun lelaki tu. Takkan sayang nak kahwin dengan orang yang sayang sendiri tak kenal..”
“Tapi macam mana kalau sayang mengenali lalaki tu.? Pasti sayang akan menerima dia kan..”
“Abang, dalam hati sayang cuma ada abang je. Sayang takkan curang dengan cinta sayang..”
“Abang tak pasti sayang. Tak lama lagi sayang akan tamat belajar. Lepas tu mesti sayang balik ke Miri kan. Hati abang kuat mengatakan yang sayang akan menikahi lelaki pilihan ayah sayang..” Maz cuba menahan sebak.
“Abang, percayalah pada sayang. Sayang takkan berkahwin dengan lelaki lain selain abang. Abang dah lupa janji abang ke.?”
“Abang tak lupa janji abang sayang…Tapi abang takut..takut akan kehilangan sayang..”
Rina menyandar dibahu Maz. “Abang, bintang dan bulan jadi saksi cinta sayang pada abang. Dan abang akan jadi suami sayang dunia dan akhirat..”
Mereka berpelukan. Maz mencium dahi Rina. Kucupan itu begitu bermakna buat Rina.
“Abang, jangan peluk lama-lama.. Tu Fida dengan Erin tengah tengok kita tu..”
Maz segera meleraikan pelukan mereka. Mereka kembali ke meja makan. Kelihatan Erin tersengih melihat Maz dan Rina mengambil tempat duduk berdekatan dengan mereka.
“Romantiknya pasangan tu tadi kan Fida. Siap berpeluk-peluk lagi..” Erin ketawa sejurus melontarkan kata-katanya itu. Rina hanya mampu tersenyum. Sedikit malu dengan gurauan Erin sebentar tadi. Mereka kemudiannya rancak berbual.



20




Mereka beredar selepas menikmati makan malam. Maz melihat jam di telefon bimbitnya.
“Baru pukul 10.00. Awal lagi ni. Apa kata kita lepak kat bukit Ampang menikmati cahaya lampu KL ni..” Pelawa Maz. Mereka mengangguk setuju dengan cadangan Maz. Perjalanan mereka mengambil masa kira-kira 20 minit dari Taman Tasik Titiwangsa. Mereka memandu keluar dari perkarangan taman itu. Kelihatan Marul mengekori dari belakang buntut kereta. Maz cuba kembali riang. Cuba untuk menghabiskan masa sepenuhnya pada malam itu. Maz memulakan perbualan. Agak janggal keadaan sunyi dalam kereta. Mereka mula berkongsi cerita. Malah berkongsi ketawa. Walaupun Erin bersama mereka berdua, sedikit pun tidak mengganggu saat romantis mereka. Maz berangan-angan membina harapan dan berharap harapan itu menjadi kenyataan. BMW bergerak menaiki Lebuhraya Genting Klang yang membawa mereka terus ke susur menghala ke Ampang. Tidak banyak kereta meskipun malam minggu kerana lebuhraya itu tidak menuju ke pusat kota raya.
“Abang tengok Marul tu macam budak baik..” Bicara Maz.
“Macam mana abang tahu dia baik.? Abang kan baru first time jumpa dia..”
“Entahlah sayang, tapi abang tengok cara dia, dia memang budak yang baik..”
“Oohh ye, abang tak bagitau lagi dengan dia orang tentang plan abang tu..”
“Yelah sayang.. Nasib baik sayang ingatkan abang. Abang terlupa pulak tadi..Takpe, nanti sampai kat bukit Ampang abang bagitau dia orang..”
Setibanya mereka disitu, kelihatan orang ramai berada disana. Mungkin juga hujung minggu. Cahaya lampu di bandar Kuala Lumpur begitu indah sekali dinikmati di atas bukit itu. Maz meletakkan keretanya dibahu jalan berhampiran dengan stall minuman yang ada disana. Mereka mengambil tempat mengadap tepat cahaya lampu bandaraya KL. Suasana agak kecoh sedikit kerana  ada percikan bunga api dilangit. Menambahkan lagi kemeriahan ditempat itu. Rina serta rakannya sedang asyik merakam percikan bunga api dilangit. Maz dan Marul duduk sahaja melihat gelagat Rina mengambil gambar masing-masing. Maz dan Marul berborak berkongsi tentang jalan hidup mereka berdua. Rupa-rupanya Marul juga seorang ahli perniagaan. Dia membantu ayahnya memasarkan produk kecantikan di seluruh Malaysia. Bukan orang sembarangan juga Marul itu. Rina dan rakannya kembali rapat dengan Maz dan Marul. Mereka berbual, gelak tawa bersama.
“Marul, jumaat depan kau free tak.?” Soal Maz.
“Tak tahu lagi la Maz. Kalau ada customer order stok, aku kena hantar la.Kenapa?” bicara Marul pula.
“Alaa, kau suruh la orang lain gantikan kerja kau kejap.”
“Tengok la nanti macam mana..”
“Takde..takde.. Aku nak kau free jugak jumaat depan..”
Marul tertanya-tanya apakah agenda Maz sebenarnya. “InsyaAllah aku cuba.”
Okey dengar sini. Jumaat depan aku nak bawak sayang aku ni dan korang semua, kita pergi bercuti kat Langkawi. Saja nak tenangkan diri. Lagipun tak lama lagi korang nak final dah kan. So, kita rehatkan minda supaya korang sukses bila final nanti..”
“Kau biar betul Maz?” Marul terkejut sedikit. Kelihatan juga raut wajah Erin dan Fida terperanjat.
“Laa betul la. Kau ingat aku nak tipu ke..kau tengok muka Rina tu, senyum je bila aku cakap nak bawak pergi Langkawi. Aku tak main-main la..” Ujar Maz lagi.
Okey..okey aku percaya. Tapi kita pergi naik apa.? Resort kat sana lagi..” Tanya Marul.
“Itu kau tak perlu risau. Aku dah uruskan semua tu. Pasal transport, tempat tinggal semua aku dah uruskan. Kita sekarang ni just tunggu hari je nak pergi..”
Mereka seakan tidak percaya apa yang direncanakan oleh Maz.


Dua jam kemudian, mereka beredar pulang. Kerana langit kelihatan gelap. Mungkin sebentar lagi akan hujan. Mereka singgah minum di restoran yang terletak tidak jauh dari rumah mereka. Suasana restoran itu lengang. Hanya lima meja berpenghuni. Mereka segera ke meja yang terletak di sudut bersebelahan dinding. Terdapat banyak lukisan cat air yang menghiasi dinding restoran. Maz merenung sebuah lukisan yang menggambarkan keindahan lautan serta pokok-pokok. Karya-karya kreatif gabungan pelbagai warna dan suasana menggambarkan kejiwaan yang cuba ditonjolkan oleh pelukis. Tanpa diduga, ketika mereka sedang rancak berborak, seorang gadis mampir mendekati Maz. Gadis itu tersenyum. Dia mengenakan skirt labuh warna gelap dengan blaus lengan panjang berwarna kelabu. Memang sesuai dengan tubuhnya yang langsing sedap mata memandang. Rupa lagaknya seperti seorang model. Mereka tergamam. Gadis itu masih lagi terpacak dan tidak berganjak. Rina, Erin, Fida dan Marul memandang ke arah Maz kerana gadis itu begitu hampir dengan dirinya.
“Abang..” Gadis itu akhirnya membuka mulut. Suara yang sungguh memukau. ‘Abang’?? Kenapa harus dia memanggil Maz dengan panggilan ‘Abang’.? Maz tersentak. Kaget pun ada. Apa pertalian gadis itu dengan Maz. Sesekali dia menoleh ke arah Rina. Jelas wajah Rina menunjukkan reaksi yang tidak puas hati. Apa hubungan gadis itu dengan kekasihnya.
“Awak ni sapa.?” Maz semakin bingung. Gadis itu menghulurkan tangan untuk berjabat. Maz teragak-agak. Namun terpaksa menerima salam dari gadis itu kerana kelihatan gadis itu begitu mengharap salamnya disambut oleh Maz. Tidak semena-mena, gadis itu mencium tangan Maz. Cepat-cepat Maz menarik tangannya kerana takut akan menimbulkan salah faham. Hujan turun dengan lebatnya diirngi tiupan angin yang agak kuat daripada biasa.




                                                                              21




Mereka masih lagi memandang antara satu sama lain. Maz menjadi lebih bingung. “Awak ni sapa sebenarnya.?” Dia tidak pernah mengenali gadis yang berdiri didepannya itu. “Saya Emmy bang. Takkan abang tak ingat..” Gadis itu seperti sudah lama mengenali Maz. “Sorry, saya tak kenal cik Emmy.. cik ni silap orang kot..” Bicara Maz. Rina semakin tertanya-tanya. Jantungnya berdegub laju. “Abang, sapa dia ni bang..?” Rina cuba mendapatkan kepastian. Keadaan agak tegang ketika itu.
“Abang, saya Dewi Amelia bang. Kalau abang masih tak ingat jugak, kelas Teori Maklumat semester tiga. Ingat?” Terang gadis itu. Maz mula mengimbau kembali peristiwa tiga tahun yang lepas. Apa sebenarnya hubungan dia dengan Dewi Amelia. Ternyata Dewi Amelia adalah kenalan Maz sewaktu dia menuntut di universiti dulu. Juga kekasih pertama dia sebelum mengenali Rina. Namun mereka berpisah kerana Dewi Amelia terpaksa mengikut ibu bapanya berhijrah ke London. Berita itu bagaikan lahar yang panas membakar seluruh jiwa raga Maz dan Dewi Amelia masa itu. Dewi Amelia, pada usia 18 tahun tidak punya pilihan lain. Meskipun dia menangis airmata darah sekalipun tidak mungkin ibu bapanya akan meninggalkannya seorang diri di Kuching. Dan semenjak itu juga Maz tidak lagi mendengar khabar berita daripada Dewi Amelia yang pernah bertakhta dihatinya itu.
“Emmy, you buat apa kat KL ni.?” Soal Maz setelah dia mula ingat kembali siapa Dewi Amelia.
I dah pindah sini. Papa I buka cawangan baru kat sini.. So, I kena uruskan syarikat disini.”
Papa dengan mama you ada dekat sini juga ke.?” Tanya Maz lagi.
I sorang je. Papa dengan mama masih kat London..” Ujar Emmy.

“Abang.!!!” Suara Rina memecahkan suasana. Maz seolah-olah lupa yang bukan dia seorang sahaja yang berada disana. Sedikit terkejut dengan pekikkan Rina, Maz cuba berlagak selamba.
“Oh sorry Emmy. Ni I nak kenalkan you dengan kawan-kawan I. Yang ni Marul, yang tu pula girlfriend dia Fida. Ini pula Erin, dan yang kat sebelah I ni insan yang amat-amat I cintai, Rina tunang I. Dan kami akan berkahwin tak lama lagi..” Wow, agak keterlaluan statement yang Maz timbulkan. Tetapi sekurang-kurangnya melegakan sedikit hati Rina bila mendengarnya. Raut wajah gadis itu mula berubah bila Maz berkata begitu. Bertemu semula setelah sekian lama terpisah membuatkan fikiran Maz tidak keruan. Bukankah mereka dahulu sepasang kekasih yang begitu intim? Zaman di universiti adalah zaman yang sangat terindah. Tetapi segala-galanya telah berubah. Semua impian yang mereka cuba bina sudah pun berakhir. Kini, yang ada dihati Maz adalah Rina. Walaupun baru sahaja mengenali Rina, namun Maz sudah menyerahkan seluruh jiwa dan raga untuk Rina. Tetapi bagi Emmy tidak pula. Dia masih mengharapkan cinta sejati dari Maz. Ia bagaikan telah dirancang oleh takdir dengan sedemikian rupa. Bahawasanya, setiap kejadian pasti mengandungi hikmah yang tersendiri. Biarpun Maz dan Emmy sudah terpisah dan mempunyai jalan hidup sendiri, namun perasaan cinta Emmy mula berputik kembali. Perasaan di kampus tidak pernah berubah. Rasa dan debaran itu mendatang umpama gelora. Namun itu semua tidak mungkin menjadi kenyataan. Kini Maz sudah dimiliki oleh Rina. Mana mungkin Maz akan kembali ke pangkuan Dewi Amelia. Emmy berlalu pergi kerana dia tidak mahu cetuskan pertelingkahan antara Maz dengan Rina. Suasana menjadi panas meskipun hujan turun dengan lebatnya. Ternyata memang ada perasaan yang terguris dengan kemunculan Emmy. Rina segera bangun terus menuju ke tandas. Diikuti oleh Erin dan Fida. Marul bergerak merapati Maz. “Kau biar betul Maz. Sapa awek tu tadi.? Cantik macam model tu..” Ujar Marul.
“Dia tu kawan aku masa kat universiti dulu. Lebih tepat lagi dia tu dulu kekasih aku..” Jelas Maz.
“Kau ni memang hebat la Maz. Cantik giler awek tadi tu..” Kata Marul lagi. Dia begitu teruja ingin tahu kisah silam Maz dulu.
“Benda dah lepas Marul. Lagipun kita orang dah takde apa-apa lagi. Tak mungkin aku akan balik pada dia sebab aku dah ada Rina. Aku taknak khianati cinta dia..” Balas Maz.
“Tapi aku tengok dia macam masih lagi mengharapkan cinta dari kau..”
“Biarlah Marul. Yang penting sekarang ni, aku dah ada Rina. Biar apa terjadi sekalipun, cinta aku hanya untuk Rina..”

Rina mendengar kata-kata Maz sebentar tadi. Rupa-rupanya dia sudah lama keluar dari tandas. Dia kembali ke meja dan kelihatan matanya berwarna kemerahan. Ini pasti dia baru lepas menitiskan airmata setelah mendapat tahu siapa gadis itu. Mereka beransur pulang. Sepertinya tiada topik lagi untuk dipersoalkan. Rina hanya berdiam diri di dalam kereta. Mengharap penjelasan yang sahih daripada Maz. Namun Maz juga diam sahaja. Dia khuatiri, jika dia bersuara sahaja, pasti bertambah luka dihati Rina.

Di rumah, Rina hanya berkurung di dalam bilik. Masih segar diingatannya tentang peristiwa malam tadi. Mengapa gadis itu hadir di waktu hangatnya hubungan cinta dia dengan Maz. Malam itu Rina menyelongkar beg tangannya. Tetapi tidak jumpa apa yang dicari. Malah di segenap kocek yang ada pada beg tangan pun juga tiada. Dia menangis bila telefon bimbit itu hilang. Ke manakah perginya? Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Erin dan Fida sudah lama masuk tidur. Tiada siapa yang ada untuk dia berkongsi masalah sedangkan dia amat perlukan seseorang untuk meluahkan perasaan yang lara itu. Entah berapa lama Rina menangis di atas katil. Kedengaran bunyi telefon bimbitnya. Mungkin saja Maz yang menghantar mesej. Rina pantas mencari ke arah bunyi telefonnya itu.

1 New Message

Beberapa saat kemudian, tertera mesej yang dihantar.

Abg minta maaf sebab malam tadi syg.. Abg tak tahu kenapa dia cari abg…

Walaupun sedih, Rina cuba untuk menggerakkan jarinya untuk membalas mesej Maz. Dia perlu tahu apa hubungan gadis itu dengan teman lelakinya.

Sapa perempuan tadi tu bang?? Syg taknak abg berahsia dengan syg…..

Lantas Rina menekan butang send. Perasaannya tidak keruan. Mengapa perlu hadir orang ketiga disaat dia mengimpikan kebahagiaan bersama Maz.

Sebenarnya dia tu bekas kekasih abg masa kita orang menuntut di universiti dulu.. Tapi dia ikut parent dia ke London.. Lepas tu abg tak pernah tau pasal dia lagi.. Kami dah takde apa-apa hubungan lagi syg…

Rina gelisah. Dia tetap tidak puas hati dengan penjelasan Maz. Dia perlu tahu adakah Maz masih menyayangi gadis itu.

Tapi abg masih sayangkan dia kan.??

Mesej daripada Maz lagi.

Tak syg..Cuma syg dalam hati abg sekarang ni.. Tak mungkin abg khianati cinta kita..Abg sayang syg lebih dari nyawa abg sendiri….

Sedikit sebanyak Rina tenang dengan penjelasan Maz. Namun dia masih khuatir jikalau gadis itu kembali mencari Maz lagi. Rina menarik selimut lalu cuba memejamkan matanya. Walaupun payah, dia cuba untuk tidur. Ingin saja dia lupakan kejadian malam itu yang mengusik jiwanya.




22



Maz memandang jauh disudut tingkap pejabatnya. Peristiwa malam semalam betul-betul mengganggu fikiran dia. Mengapa Dewi Amelia perlu hadir disaat dia ingin membina mahligai indah bersama Rina. Maz melihat dirinya dengan pandangan kosong. Perlukah dia lupakan Rina dan kembali kepada Dewi Amelia. Begitu sukar untuk dipertimbangan. Buntu dan keliru. Dua rasa yang semakin mencengkam perasaan Maz. Rasa kecewa turut ada dan lebih dasyat lagi rasa itu memakan jiwanya sedikit demi sedikit. Betapa kelirunya cinta ini. Perlu ada pengorbanan untuk kecapi rasa bahagia. Kenapa perlu korbankan bahagia untuk lebih bahagia? Maz bertanya pada diri sendiri. Bunyi ketukan pintu memecah hening di bilik itu.
“Eh Marul, kau buat apa kat sini.? Takde kuliah ke?” Sedikit terkejut Maz melihat Marul melangkah masuk ke biliknya.
“Hari ni aku takde kuliah…Wah…Cantiknya office kau. Kau tak bagitau aku pun yang kau running business ni..” Ujar Marul.
“Alaa, buat apa nak kecoh. Kau pun apa kurangnya, satu Malaysia kau pegang..”
“Tapi tak sehebat kau. Office kau besar tersegam megah..”
“Itu semua harta dunia Marul.. harta akhirat entah tinggi mana. Kau buat apa kat sini? Saja nak menyakat aku ke ataupun kau nak mintak kerja kat sini?” Seraya itu mereka berdua ketawa dengan seloka Maz.
“Takde la, aku saja pusing-pusing kat Shah Alam ni dengan member aku.. Dah alang-alang sampai sini, aku suruh la kawan aku hantar aku kat sini. Saje je aku singgah nak tengok office kau ni..” Ujar Marul yang masih lagi ketawa.
“Oh yeke.. Dah alang-alang kau ada kat sini, jom kita keluar lunch. Ada juga teman untuk aku berbual.” Pelawa Maz.

Restoran Putera Ayu menjadi lokasi Maz untuk makan tengah hari. Menu tomyamnya yang sedap pasti memukau sesiapa sahaja yang berkunjung di restoran itu. Hampir seluruh meja disana penuh. Nasib baik mereka tiba awal sedikit kerana Cuma tinggal satu meja yang kosong. Mereka mengambil tempat yang kosong itu lalu memesan makanan. Oleh kerana ramai pelanggan memilih makanan buffet, jadi pelayan disana ramai kelihatan merayau disekeliling restoran.
“Marul, apa pendapat kau tentang kejadian semalam.?” Tanya Maz.
“Kenapa ni bro? kau macam ada masalah jer..” Marul seperti tidak mengerti apa yang Maz maksudkan.
“Memang aku ada masalah sekarang ni. Aku dah lupa tentang dia. Tapi kenapa bila aku dah bahagia bersama Rina, dia boleh datang balik dalam hidup aku.. Aku tak layak untuk  bahagia ke.?” Keluh Maz.
“Kau masih sayangkan dia ke?” Tanya Marul.
“Tipu la kan kalau aku takde perasaan sayang kat dia. Tapi aku taknak perasaan aku ni mengganggu hubungan aku dengan Rina. Kusut kepala aku dah ni..” Sebak jiwa Maz saat itu.
“Entahlah Maz..Aku nak cakap pun susah. Cuma apa yang boleh aku bagitau, kalau kau betul-betul sayangkan Rina, lupakan masa lampau kau. Tapi kalau kau fikir Emmy tu terbaik untuk kau, kau terang elok-elok dengan Rina..” Jelas Marul.
“Itu la pasal. Dah la esok kita nak pergi Langkawi. Aku taknak la sampai sana je, hati aku masih memikirkan pasal Emmy. Aku nak tenang Marul..”
“Macam ni jela, kita makan dulu, lepas makan nanti kita fikir sama-sama macam mana nak settlekan masalah ni okey..” Sambung Marul lagi.

Selesai makan, Maz mengambil keputusan untuk tidak masuk pejabat selepas itu. Dia mengajak Marul untuk ikut bersama pergi ke sebuah lagi cawangan syarikatnya terletak di Ampang Jaya. Mereka beredar dari restoran itu setelah Maz membayar makanan. Maz menyeluk poketnya mencari sesuatu. Dikeluarkan telefon bimbit dari kocek kirinya.
“Helo Zila, saya tak masuk pejabat lepas ni. So, segala urusan pejabat awak just call saya nanti sebab saya sekarang ni on the way nak pergi office lagi satu kat Ampang Jaya.. Lagi satu, mulai esok sampai ahad nanti, saya takde kat KL tau. Ada kerja sikit kat Langkawi. Apa-apa dokumen yang perlu tandatangan saya, awak just letak kat meja saya. Nanti bila saya balik saya semak dokumen tu semua..” Ujar Maz kepada pembantu peribadinya.
“Baiklah boss. Kalau ada apa-apa lagi saya inform kat boss..” Jawab Zila.

Lebuhraya tidak begitu sesak. Sepanjang perjalanan mereka masih lagi menceritakan masalah yang mengganggu jiwa Maz.
“Aku dah buat keputusan Marul. Aku akan teruskan hubungan aku dengan Rina. Sebab aku tak nak lukakan hati dia. Aku dah banyak beri harapan kat dia, korbankan cinta dia untuk aku. Lagipun selama ni aku bahagia disamping Rina..” Ujar Maz tapi suaranya mendatar sahaja.
“Aku pun fikir macam tu jugak la Maz. Tapi Emmy tu macam mana? Kau kena cakap elok-elok dengan dia. Biar dia faham dari A sampai Z. jangan nanti dia jadi batu penghalang hubungan kau dengan Rina.” Balas Marul pula.

Mereka selamat sampai ke destinasi. Maz meminta Marul untuk tunggu dia didalam kereta kerana dia hanya sebentar sahaja naik ke pejabat. Maz bergegas naik ke pejabat dan meninjau keadaan sekeliling ruang pejabat. Diambilnya fail dokumen dan terus beredar keluar. Maz kembali ke keretanya dan meletakkan fail tersebut di tempat duduk belakang.
“Eh Marul, dah pukul 4.30 petang ni. Jom ikut aku sekali ambil Rina kat kolej.” Ujar Maz setelah melihat jam di dashboard keretanya. Marul hanya mengangguk.
“Kau ambil fail apa tadi tu.?” Tanya Marul.
“Ni fail projek kat Tangkak. Aku lupa nak bagi kat assistant aku..” Ujar Maz lagi.
Maz terus memandu keluar ke susur lebuhraya Genting Klang menuju ke Gombak.
“Marul, kalau kau ada modal, bisnes apa kau nak buat.?”
“Entah la Maz. Aku pun tak tahu nak buka bisnes apa. Lagipun dunia bisnes ni banyak saingan..”
“Aku ingat nak buka bisnes jual kereta import. Sekarang ni aku tengok banyak permintaan jual beli kereta import ni..Lagipun ekonomi kita dah mula stabil. Mesti ramai dah mampu miliki kereta import..”
“Okey jugak tu Maz. Tapi setahu aku, modal kena besar kalau nak buka syarikat jual kereta ni..”
“Takpe..Apa-apa pun nanti aku bincang dengan konsultan aku pasal bajet. Sekarang ni, kalau bisnes ni jalan, kau jadi share partner aku ye..”
“Kau biar betul Maz. Aku mana ada modal nak buat bisnes..” Marul sedikit terkejut dengan ajakan Maz.
“Pasal modal kau tak perlu risau. Sepenuhnya aku yang tanggung. Tugas kau nanti aku nak kau running bisnes tu..” Jelas Maz lagi.
“Maz, bukan aku tak nak, tapi pasal jual beli kereta ni aku tak berapa arif sangat. Macam mana aku nak handle nanti..” Ujar Marul.
“Itu senang je. Nanti aku carikan orang yang mahir dalam bisnes kereta ni..”
“Maz, kau ni betul ke.?” Marul seakan kurang percaya dengan apa yang Maz katakan.
“Betul la. Aku bukan apa..Aku nak kukuhkan kewangan aku. Kalau nak harapkan satu bisnes, nanti kalau apa-apa terjadi, at least aku dah ada backup untuk cover bisnes aku.. Dah..dah..kau tak payah nak pening kepala. Ikut je plan aku ni..”
“Kalau kau dah cakap macam tu, aku ikut je la..”
“Tapi kau kena janji dengan aku. Aku tak nak orang lain tahu perkara ni, lebih-lebih lagi Rina dengan Fida..Faham..!!”
“Kenapa Maz.?” Soal Marul sambil membetulkan penghawa dingin kereta ke arahnya.
Maz memberhentikan kereta sebaik sahaja lampu isyarat bertukar warna merah. Kemudian belok ke simpang sebelah kiri jalan. Sebentar lagi mereka akan sampai ke kolej Islam.
“Nanti aku bagitau kau apa sebabnya. Tapi buat masa ni, kau diam dulu tau..” Pintas Maz dengan wajah selamba. Rina, Fida dan Erin sudah menunggu di luar kolej. Mereka sedikit hairan melihat Marul bersama Maz didalam kereta.
“Eh sayang, masuklah. Ajak Erin dengan Fida masuk sekali..” Ujar Maz setelah memberhentikan kereta di depan kolej. Rina dan rakannya mengambil tempat duduk dibelakang kereta.
“Abang pergi mana dengan Marul tadi..?” Soal Rina bersahaja.
“Owh, tengah hari tadi Marul pergi ke pejabat abang. Kebetulan abang nak ambil dokumen dekat Ampang. So, abang bawa la dia sekali..” Jawab Maz.
“Barang  jangan lupa packing tau. Esok kita dah nak pergi Langkawi..” Sambung Maz lagi.
Maz memandang tepat ke arah Rina melalui cermin pandang belakang kereta. Dilihatnya raut wajah gadis itu yang sedikit masam. Dia tahu apa yang mengganggu jiwa Rina sehingga keadaannya sedemikian rupa. Maz menghantar mereka terus ke rumah sewa. Sebelum masuk ke rumah, Rina berjalan ke arah Maz lalu mencium tangan lelaki itu. Kemudiannya Maz menghantar Marul pulang.
“Marul, kau tidur kat rumah aku je la ye. Lagipun aku sorang je kat rumah..” Ujar Maz sebaik keluar dari kawasan perumahan Rina.
“Ermm, boleh juga..” Jawab Marul. Lagipun dia ingin tahu apa rencana Maz sehingga berani jadikannya sebagai rakan kongsi.



23




Mereka selamat tiba di Pulau Langkawi yang begitu indah itu pada pukul 4.55 petang. Tiupan angin begitu nyaman sekali. Mereka meletakkan bagasi di pekarangan lobi. Maz menuju ke kaunter untuk mendaftar masuk dan kemudiannya mereka terus menuju ke bilik masing-masing. Sempat juga Maz memberitahu Rina dan rakannya supaya berehat dahulu di bilik.
“Nanti lepas maghrib jumpa kat kafé. Sayang pun rehat jugak tau..” Maz melirik melihat Rina.

Syg, pukul 7.30 malam nanti syg pergi kat café tau..syg sorang je…
Maz menghantar pesanan ringkas kepada Rina.

Rina membalas.
Kenapa bang.??

Nanti syg akan tau.. Yang penting, syg akan suka nanti…
Mesej daripada Maz lagi.

Tanpa banyak soal, Rina mengikut sahaja kehendak Maz.
Okey bang…

Masa memang berlalu dengan pantas. Jam di dinding bilik hotel menunjukkan ke arah 7.00 malam. Maz segera turun ke bawah menuju kafé resort. Dia rapat mendekati pelayan kafé. Seperti berbincang sesuatu. Dia membawa sekuntum mawar merah dan sekeping kad diletaknya di atas meja makan yang akan mereka guna sebentar nanti. Meja itu dihias begitu kemas sekali. Sebentar lagi Rina akan sampai. Maz cepat-cepat menyiapkan segala perhiasan di atas meja. Kelibat Rina kelihatan melangkah masuk ke kafé. Maz menyediakan tempat duduk untuk Rina. Tanpa sepatah kata, Rina terus duduk sambil tersenyum. Dia tertanya-tanya apakah yang ingin Maz lakukan. Dia terus menggenggam erat tangan Rina dan mereka bertentang mata. “Sayang, ada sebab abang bawa sayang kat Langkawi ni. Biarlah ia jadi kenangan terindah dalam hidup sayang..” Bicara Maz namun pandangannya masih setia ke mata Rina.
“Sebab apa bang..macam pelik je ni..” Terkedu Rina.
Suasana begitu romantis dengan candle light yang indah bersama bunga mawar menambahkan lagi keghairahan cinta malam itu.
“Sayang buka la kad kat depan sayang tu..” Tersenyum Maz mengeluarkan kata-kata. Matanya masih lagi melirik ke arah Rina. Rina mengambil kad yang ada didepannya itu lalu dibukanya. Dia  membaca setiap tulisan yang dicoret dalam kad itu.

Mengenalmu adalah satu anugerah,
Mendampingi dirimu adalah satu kebahagiaan,
Kau datang membawa cinta dan kesetiaan,
Tertanam menjadi pohon cinta dihatiku.

Setiap nafasmu membuatkan aku hidup,
Gelak tawamu menyinar jiwaku,
Cinta tulus datang dari hatimu,
Ingin ku hidup selamanya denganmu.

Wajah Rina mula berubah. Mutiara air seperti ingin berlinangan jatuh dari matanya. Maz hanya tersenyum manja. Kehadiran Marul, Fida dan Erin sedikit mengganggu suasana romantik mereka berdua.
Okey, memandangkan semua dah ada kat sini.. Malam ini malam yang paling istimewa buat aku sebab…” Maz mematikan kata-katanya. Dia memanggil pelayan kafé untuk membawa kotak kek menghampiri meja mereka.
“Hari ini harijadi insan yang paling aku sayang, Rina..” Sambung Maz lagi. Mereka bersama-sama menyanyikan lagu Selamat Harijadi kepada Rina. Maz mengambil sesuatu didalam beg kertas lalu melutut dihadapan Rina. Dibukanya kotak itu kelihatan seutas gelang tangan bertakhtakan berlian dari Habib Jewels. Maz mengambil gelang itu lalu dipakainya dipergelangan tangan Rina. Dengan spontan Maz mencium dahi Rina. Dan sepertinya Rina merelakan perbuatan Maz itu. Tepukan daripada Marul, Fida dan Erin mengejutkan Maz dari dunianya sebentar. Cepat-cepat dia kembali duduk disebelah Rina.
Tersipu malu Rina melihat rakannya yang melirik sinis tepat ke arahnya. Mereka kemudiannya menjamu makan malam yang sedia terhidang di atas meja. Maz memotong kek. Kemudian, menyuapkan sepotong ke mulut Rina. Gadis itu membalas dengan sepotong kecil kek ke bibir kekasihnya itu. Lelaki berpakaian t-shirt Valentino berwarna kelabu itu bergerak ke arah Rina. “Sayang suka tak.?” Bisik Maz di telinga Rina. Gadis itu bingkas bangun lalu memeluk mesra tubuh Maz. Marul dan yang lain terpaku sekejap melihat gelagat mereka berdua. Maz tersenyum lalu meleraikan pelukan itu. Dia sudah lama menunggu detik ini. Detik dimana untuk dia ungkapkan perkataan cinta dihadapan rakan-rakannya.



24



Sudah puas Maz memejamkan mata tetapi matanya liat untuk tutup. Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Marul sudah lama lena diulit mimpi. Dia mencapai sweater lalu keluar ke perkarangan lobi. Dia berjalan menuju ke arah taman yang menampakkan suasana lautan yang suram ditemani cahaya bulan. Dia menarik nafas panjang ketika melangkah menuju ke taman itu. Namun bila memikirkan kemelut yang berlaku di antara dia dengan Dewi Amelia, membuatkan hatinya bertambah runsing. Dilihatnya seorang gadis sedang duduk terpaku di kerusi itu. Dia menyedari gerak-geri gadis itu lalu bangun mendekati dirinya. Adakah itu Dewi Amelia? Maz bertanya pada dirinya sendiri. Perlahan-lahan gadis itu melangkah ke arahnya. Memang betul tekaanya. Gadis itu memang Dewi Amelia. Apa dia buat kat sini? Bagaimana dia tahu aku ada disini? Maz seakan tidak percaya. Ingin sahaja dia lari dari situ. Tetapi bagaikan ada satu batu besar menghalang Maz untuk bergerak. Pandangannya tajam. Mereka berdiri bertentangan. Sesungguhnya pertemuan Maz dengan Dewi Amelia setelah hampir tiga tahun berpisah membuatkan Maz kekok. Tubuhnya menjadi dingin.
“Maz..” Emmy menyapa Maz perlahan. Suaranya tetap macam dulu biarpun lemah sedikit.
“Hai..” Balas Maz. Suaranya juga tenggelam sama.
You nampak dah kurus sikit..”
Maz hanya tersenyum. “You pun sama..You buat apa kat sini?”
Emmy balas senyuman Maz. “Tak sangka dalam tempoh tiga tahun ni kita boleh jadi macam ni..” Emmy memandang Maz tidak putus-putus. Dia belum lagi menjawab pertanyaan Maz. Apa dia buat kat sini? Adakah semata-mata mahu mencari Maz..?
“Entahlah, I rasa pelik bila jumpa you semula..” Jelas Maz perlahan.
Emmy tersentak. “Pelik.!!! You kata jumpa dengan I semula pelik..!!” Emmy memandang Maz seakan tidak percaya.
You belum bagitau I lagi.. You buat apa kat sini.?” Tanya Maz lagi.
Emmy mengeluh perlahan.. “I saja datang sini…Nak tenangkan diri I.. Tak sangka pula jumpa dengan you..You pulak buat apa kat sini.?” Soal Emmy pula.
I celebrate birthday tunang I..” Ringkas saja kenyataan Maz.
Perlukah Dewi Amelia tenang dengan kenyataan Maz sebentar tadi.?
You pun tahu Maz. Selama ni, you amat penting dalam hidup I. Tapi sekarang bila kita berjumpa semula, you dah jadi tunang orang.. I kena fikirkan semua itu sudah berakhir antara kita. Dan sekarang yang tinggal hanya hubungan sebagai kawan. You ingat semua ni senang ke untuk I lakukan.? Berlagak macam kawan? Sedangkan waktu dulu kita pasangan yang bahagia..” Kata Emmy sambil memandang Maz. Mengharap lelaki itu memahami situasi ini menyukarkan dirinya.
Sebak jiwa Maz waktu itu.
You tahu, selepas you pergi tinggalkan I, pernah you tanyakan khabar I? Jangan cakap call, surat pun you tak pernah utuskan pada I… Setiap malam I asyik ingatkan you..Nantikan panggilan dari you.. Sampai suatu masa, I terpaksa lupakan you..Mulakan hidup I yang baru.. Mungkin you dah dapat cari pengganti I.. You yang letak garisan di antara hubungan kita. Sampai bila I nak mengharap sesuatu yang tak pasti..” Tegas Maz. Marah dan kecewa bercampur aduk. Luka itu tetap sakit, dan Maz tahu dia harus akhiri luka itu.
Emmy cuba menahan sebaknya. Tidak tertahan lagi rasanya.
You tahu kan waktu tu I tersepit dengan kehendak family I..” Balas Emmy. Airmata yang cuba dia pertahankan menitis juga. Dia tidak mampu lagi menghalang airmatanya dari terus mengalir.
“Kenapa you menangis?!” Soal Maz.
Emmy cuba menahan airmatanya. “You mahu I gembira dengan apa yang terjadi dengan hubungan kita? Pura-pura bahagia sedangkan luka dalam hati I ni…Kenapa you tak tunggu I.???”
You ingat luka dihati you saja…Habis, hati I macam mana?? Luka, duka, sedih, kecewa…semua ada dalam hati I ni bila you hilang macam tu saja. Malah terlalu berat untuk I terima semua ni. Orang yang I sayang, yang I cinta, hilang tanpa sebarang berita…” Tegas Maz lagi.
Keluhan tercetus dari bibir Maz. Bagai ditusuk duri beracun. Rasa sakit memakan dirinya. Dalam tidak sedar, dia juga menitiskan airmata.
I boleh terima jika dalam hati you tiada tempat untuk I lagi. Tapi I masih perlukan you, Maz..” Jelas Emmy. Airmatanya semakin deras menitis di pipi.
“Ohh, mungkin you tak tahu apa sebenarnya dalam hati I ni. Memang takde sikit ruang pun untuk you dalam hati I. You dah lama ‘mati’ dalam hati I…Sekarang I bahagia dengan tunang I..” Tegas Maz.
“Cuma sekali ni aje, Maz. I minta maaf. Memang silap I tinggalkan you tanpa pesan. Tapi tolong beri I peluang untuk tebus silap I selama ni sebelum you tinggalkan I macam tu je..” Rayu Emmy sungguh-sungguh. “Hanya sekali ni jer..lepas tu, I tak ganggu hidup you lagi..Kita tak akan jumpa lagi. You boleh anggap I ni orang asing dari hidup you lepas kita jumpa ni..”
Luka lama berdarah kembali. Mungkin mudah untuk Emmy ungkapkan kata-kata itu. Memang Maz masih cintakan Emmy, tapi biarlah perasaan itu terkubur dihatinya.
“Tiga tahun yang lalu masa kita berpisah, memang sukar untuk I lupakan you.. I cuba bertahan. Tapi rasa itu semakin kuat mendera hati I..” Ujar Maz.
Wajah Dewi Amelia mula berubah. Tidak tahu sama ada perubahan itu kerana kata-kata Maz ataupun dia mulai faham apa sebenarnya Maz alami. Tangan Emmy menghampiri tangan Maz. Lalu digenggamnya tangan lelaki itu.
You nyawa I, Maz. You pernah cakap kan yang you ni payung I.. You dah lupa ke dengan kata-kata you..?” Maz memandang Emmy. Kenapa harus begini. Kenapa harus berjumpa dan ditakdirkan berpisah sebegini rupa.
“Kenapa I tak boleh menjadi ratu dalam hidup you.??” Rintih Emmy lagi. Airmatanya semakin hebat menitis. Dia sudah hilang kawalan untuk menahannya.
“Tolong la Maz. I tak mahu berkawan dengan you jika kenangan paling indah bagi I bersama dengan you meracun diri you sendiri. Sepatutnya kita sama-sama lalui kenangan tu..” Pinta Emmy lagi.
Kata-kata Emmy meninggalkan kesan dalam jiwa Maz.
“Entahlah Emmy. I sekarang dah ada Rina dalam hati I. tak mungkin I khianati cinta dia..Cukuplah kita sekadar kawan sahaja walaupun sakit untuk I terima sekarang ni, tapi biarlah kenangan itu terkubur dalam hati I..” jelas Maz.
Emmy semakin sukar untuk mengawal emosinya. Dia terus menangis teresak-esak. Dan Maz berjalan meninggalkannya di situ tanpa sebarang kata-kata lagi. Maz kembali ke bilik sambil berfikir dengan sejuta persoalan. Dia sendiri terkejut melihat kehadiran Emmy dihadapannya dengan tiba-tiba sebentar tadi. Suasana menjadi kaku. Marul masih lagi terlentang kaku tidur di katil. Kata-kata Emmy mengundang seribu rasa dalam hati Maz. Perlukah dia memberi peluang untuk Emmy? Sanggupkah dia melepaskan Rina yang kini bertakhta dihatinya? Maz memandang ke luar tingkap bilik. Fikirannya kembali menerawang. Kepulan asap rokok menjadi teman di awal pagi itu. Memang dia masih sayangkan Emmy. Tetapi perlukah dia menduakan rasa kasih sayang semata-mata ingin memenuhi permintaan Emmy. Maz menarik nafas panjang. Kalau diberi pilihan, dia tidak ingin bertemu dengan Emmy lagi selepas itu. Membuatkan hatinya bertambah bingung. Rasa serba salah kerana bertemu dengan Emmy tanpa pengetahuan Rina walaupun pertemuan itu tidak dirancang.



                                                                              25




Kini hati Maz menjadi runsing. Gadis yang telah dia lenyapkan dalam hatinya kini muncul kembali. Gadis yang harus dia lupakan, kini hampir dekat dengan dirinya. Perlukah Maz takut dengan hatinya? Dia bukan lagi kekasih hati Emmy walaupun Emmy memuja dirinya. Dia hanya ingin bersama dengan Rina. Gadis yang dia ingin miliki dan impikan untuk membina rumah tangga bersama dengan Rina. Tetapi belum pasti lagi Rina menjadi permaisuri dalam hidupnya kerana ayah Rina tidak suka Maz bersama dengan Rina. Jadi, haruskah Maz kembali ke pangkuan Dewi Amelia yang sudah pasti akan terima dia sebagai teman hidup selamanya.? Begitu banyak persoalan yang bermain di kotak fikiran Maz.

Dipagi itu keadaan agak tenang. Mereka bersiap pergi ke kafe untuk sarapan pagi. Wajah ceria Rina sedikit sebanyak menghiburkan hati Maz. Peristiwa yang berlaku antara Maz dengan Emmy malam tadi sedikit mengganggu fikiran Maz. Tiada siapa yang dapat mengerti apa yang sedang Maz rasakan.
“Lepas sarapan ni kita pergi pantai ye..” Ujar Maz bersahaja. Dia ingin luangkan setiap saat bersama dengan Rina. Biarlah kejadian malam semalam menjadi pertemuan yang terakhir untuk dia dan Emmy.
“Abang, terima kasih sebab malam tadi. Sayang bahagia sangat. Sayang tak sangka abang buat semua ni semata-mata hanya untuk celebrate birthday sayang. Sayang terharu sangat..” Lafaz Rina terharu.
“Sama-sama sayang. Yang paling penting sayang bahagia. Itu dah cukup bagi abang..” Ujar Maz sambil tersenyum. “Jom kita balik bilik tukar baju dulu..Lepas tu kita jumpa kat pantai ye..” Sambung Maz lagi.
Mereka kembali ke bilik masing-masing untuk tukar pakaian.
“Kau pergi mana malam tadi Maz.?” Tanya Marul sejurus mereka masuk ke bilik hotel.
“Eh, macam mana kau tahu aku keluar malam tadi? Bukan kau tidur mati ke.?” Soal Maz pula.
Marul mengambil tuala yang bergantung di dalam almari.
“Memang aku dah tidur, tapi aku tersedar tengok kau takde dalam bilik..” Jawab Marul.
“Aku tak dapat tidur malam tadi.. Aku keluar la ambil angin. Kau tahu, masa aku lepak sorang-sorang, aku terserempak dengan Emmy..” Kata Maz.
“Hah.!! Dia buat apa kat sini? Macam mana dia tahu kau ada kat sini..? kau bagitau kat dia ke..” Soal Marul lagi.
“Hish.. Takkan aku bagitau dia yang aku kat sini..Kau nak mampus..Tambah rumit keadaan ada la..” Jelas Maz.
“Dah tu, apa cerita semalam.?”
“Entah lah Marul, dia nak aku bagi dia peluang.. secara tak langsung dia nak aku terima dia balik..”
“Kau cakap apa kat dia.?”
“Aku tak tahu Marul. Pusing dah kepala aku ni.. Kau pun tahu kan kenapa aku bawa korang semua datang sini.. Untuk ketenangan..Tapi masalahnya aku sendiri yang tak tenang..” Keluh Maz.
“Sabar jelah Maz. Pasti ada hikmah semua ni. Jom la keluar, nanti apa pulak dia orang fikir tunggu lama-lama..”

Mereka kelihatan gembira di pantai. Hanya Maz yang masih dalam kebingungan. Dia dan Marul duduk di batang kayu melihat Rina, Fida dan Erin sedang asyik bermain di pantai. Mereka berdua berbincang mengenai rencana Maz yang ingin menubuhkan syarikat jual beli kereta. Sedang rancak mereka berbual, tiba-tiba Maz terpandang seseorang. Dia mengenali orang itu yang berdiri disebalik pohon di hujung sana.
“Marul, kau cover aku kejap. Kalau Rina tanya aku pergi mana, pandai-pandai la kau jawab ye..” Ujar Maz.
“Eh, kau nak ke mana ni Maz.?” Soal Marul.
Maz menunjuk ke arah gadis yang berdiri dihujung pantai. Marul mulai mengerti. “Jangan lama-lama sangat Maz..”
“Tolong ye Marul..Nanti aku datang balik..” Balas Maz lagi. Lekas dia beredar dari situ. Takut nanti Rina perasan yang dia tiada disitu.
Maz melangkah ke arah gadis itu.
“Emmy, jom kita pergi jauh sikit dari sini..” Lantas Maz menarik tangan Dewi Amelia supaya hilang dari pandangan Rina. Fikiran Maz kosong. Perasan takut dan cemas silih berganti. Kadangkala dia keliru sama ada tindakannya itu adalah betul.
“Maz, you kenapa ni.?” Emmy kelihatan bingung.
“Emmy, boleh tak you jangan tunjukkan diri you depan Rina lagi.. I tak nak dia kecewa Emmy…Tolonglah..” Pinta Maz.
Emmy memandang tepat ke mata Maz. “I tak mahu kehilangan you, Maz. I akan cari jalan untuk dekatkan diri I dengan you..” Ujar Emmy perlahan.
“Emmy..!! You tahu tak apa yang you cakap ni.. I dah jadi tunang orang. Tak mungkin I kembali dengan you. Tolonglah terima kenyataan ni..” Tegas Maz.
You marah pada I ke Maz.?” Tanya Emmy. Dia sengaja menduga hati Maz.
“Kenapa you fikir I marah pada you pulak.?” Maz ketawa sinis.
“Sudah la Maz. You tak payah nak pura-pura lagi. I tahu Rina bukan tunang you..” Tegas Emmy.
Kali ini suaranya agak keras sedikit.
“Macam mana you tahu.?” Maz pelik. Bagaimana Emmy tahu yang Rina bukan tunangnya.
“Maz, I boleh terima jika kita sudah tiada jodoh. Tapi bila you tipu I, siapa Rina sebenarnya, I rasa diri I diperbodohkan. I tak pernah bohong dengan you selama ni. Tapi kenapa you sanggup tipu I.? Kenapa you tak terus-terang je dengan I? Kenapa!?” Marah Emmy pada lelaki yang berdiri didepannya itu. Dia amat kecewa dengan sikap Maz.
Maz mula mendengus marah. “Okey..fine.. Memang I bohong pada you. Memang I belum bertunang dengan Rina. Tapi you perlu tahu…..” Dan Emmy pantas memotong kata-kata Maz dengan perasaan yang sungguh kecewa.
“Tahu apa.!?? You buat semua ni sebab tak nak I ganggu hidup you lagi.?? Macam tu kan… You fikir, bila you cakap macam tu hati you akan tenang. You tahu tak you cuba tipu diri you sendiri. Sampai bila you nak pura-pura macam ni..” Kali ini giliran Emmy pula yang naik darah. Dia tidak percaya lelaki itu tidak jujur dengannya.
Better I pura-pura macam ni daripada tunggu jawapan yang tak pasti. Tiga tahun Emmy, tiga tahun I tunggu you. Apa I dapat.? Hanya kecewa, luka yang menemani hari-hari I selama you pergi..” Bidas Maz. Dia tidak mahu Emmy menyalahinya bulat-bulat begitu sahaja.
“Tapi perlukah you tipu I sampai macam ni sekali.!!?” Emmy tidak mampu menahan sebaknya lagi.
Maz merapati Emmy. “Bukan macam tu Emmy. Tak terlintas dalam fikiran I untuk menipu you. Percayalah..Cuma I tak nak kehilangan orang yang I sayang untuk kali yang kedua..”
Airmata Emmy turut mengalir tanpa dia sedari. Dia juga tidak sedar yang dia sudah berada dalam pelukan Maz.
You sendiri cakap Maz, cinta perlukan kejujuran serta kesetiaan. Selama ni I jujur dengan you. I tak pernah curang dengan you. I setia menunggu you. Tapi you sendiri mungkiri janji-janji you..” Tangis Emmy meminta Maz mengerti perasaannya. “Selama ni I tak pernah tipu you. Kenapa you tak jujur dengan hubungan kita.?”
Wajah Maz jelas timbul rasa sesalan.
I tak tahu nak buat apa masa tu Emmy. I tunggu you dengan penuh kesakitan. Setiap hari I lalui bagaikan racun buat I. I tak mampu untuk terus menanti. I minta maaf Emmy..” Ujar Maz memujuk Emmy. Dakapannya semakin erat.
I nak tahu hati you. You masih sayangkan I atau tidak? Oh, lupa pulak, you kan boleh cakap yang you tak sayangkan I lagi..” Sindir Emmy. Maz meleraikan pelukan dengan perlahan. “Memang I masih sayangkan you. Sayang I pada you tak pernah berubah. Tapi biarlah rasa sayang itu I pendamkan dalam hati I sendiri. I cuma tak nak lukakan hati sesiapa..” 
Emmy terkejut dengan kata-kata Maz. “Tapi you dah lukakan hati I. Sepenuhnya I serahkan hati I pada you, tapi sekelip mata saja you hancurkan. Hebatnya cinta..” Emmy tidak lagi dapat menahan airmatanya dari terus mengalir. Kenyataan Maz itu terlalu memeritkan.
Maz menarik nafas panjang. “I minta maaf Emmy. I tak sangka keadaan kita jadi teruk sampai macam ni.. I ingat you dah lupakan I.. Tapi tak sangka you masih dambakan cinta dari I..”
I ingat you setia menunggu I. Namun semuanya hancur..” Kata-kata Emmy sedikit mengguris hati Maz.
“Emmy, anggaplah kita tidak ditakdirkan untuk hidup bersama. Walaupun terlalu perit untuk I terima, tapi itu yang terbaik untuk kita..” Jelas Maz walaupun keputusan itu agak menghancurkan hatinya juga.
Kata-kata Maz menjadikan Emmy bertambah pilu. Jauh di sudut hati dia ingin memiliki Maz, namun takdir sudah menentukan yang mereka berdua tidak harus bersama. Maz melangkah pergi tinggalkan Emmy disitu. Tidak semena-mena, Emmy menarik tangan Maz membuatkan langkahnya terhalang.
“Maz, I harap kita kembali seperti dulu..” Pinta Emmy sungguh-sungguh.
“Biarlah masa yang menentukan..” Suara Maz begitu mendatar.  Dia  sepertinya tidak sanggup lukakan lagi hati Emmy. Namun dia juga tidak mahu memberi harapan pada Emmy untuk terus mengharap cinta darinya. Dia kesal apa yang telah dia lakukan. Maz melangkah pergi meninggalkan Emmy sebaik sahaja dia berkata begitu. Tapi kenapa dia merasa perasaannya begitu sakit bila dia tinggalkan Emmy. Perasaan yang sama sewaktu Emmy tinggalkan dia tiga tahun lalu.